☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Mei 2025

QJMOTOR AX200S Panaskan Lagi Pasaran Segmen Skuter - RM7,988

Perang skuter di Malaysia belum habis lagi, kali ini giliran QJMOTOR Malaysia pula melancarkan sebuah model yang terbaru iaitu QJMOTOR AX200S. Dengan kehadiran model ini nampak gayanya bakal mencabar skuter-skuter popular bawah 200cc kerana AX200S ini menampilkan kapasiti enjin yang paling besar dalam kelasnya.

QJMOTOR AX200S dijana dengan enjin 175cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang dapat menghasilkan kuasa maksimum 13.0kW (17.4hp) pada 8,500rpm dan tork 15.2Nm pada 6,500rpm. Selain itu, tangki bahan apinya seluas 10 liter manakal berat motosikal adalah sekitar 127kg sahaja.

Sistem saspensi hadapan dipadankan dengan fork teleskopik dan bahagian belakang pula menggunakan penyerap hentak berkembar dengan sub-tank. Sebagai sebuah skuter yang mantap, model ini dilengkapkan dengan brek-brek jenis cakera yang masing-masing bersaiz 230mm dan 220mm.

Bukan itu sahaja, melengkapkan sistem keselamatanya adalah Traction Control yang boleh dihidupkan atau matikan menerusi paparan meter digital berwarna penuh. Model ini juga turut dipadankan dengan sistem ABS dua saluran yang ada pada roda hadapan dan belakang.

Saiz kedua-dua rim adalah 14 inci yang disaluti dengan tayar bersaiz 100/80 (depan) dan 120/70 (belakang). Antara kelengkapan lain seperti lampu-lampu LED, lampu DRL, tinggi pelana 780mm, sistem kunci pintar, ruang simpanan bawah pelana yang mampu memuatkan sebuah topi keledar dan ruang kecil di hadapan.

Lebih menariknya lagi QJMOTOR AX200S ini hanya ditawarkan pada harga asas bermula RM7,988 dengan tiga pilihan warna iaitu Grey, Sand Brown dan Moon Blue. RR

Popular

  • Model Baru

    Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

Artikel berkaitan

Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

SYM menampilka skuter konsep iaitu MAXSYM Turbo di Eicma 2026.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.