Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Ogos 2025

YADEA VELAX: Skuter Elektrik Teknologi Moden

YADEA Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan YADEA VELAX, skuter elektrik yang padat dengan teknologi moden dan direka untuk keselesaan serta kecekapan kawalan yang sesuai untuk pengguna urban. Acara pelancaran model ini telah diadakan bersempena perasmian Grand Opening Mforce SmartShop Tat Kang Motor Sdn. Bhd., yang merupakan Mforce SmartShop ke-17 di Malaysia dan yang ke-7 di Johor.

Ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Blue, Black dan Grey, YADEA VELAX dijual pada harga asas RM7,099 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), menjadikannya antara skuter elektrik paling mampu milik dalam kelasnya.

Pemilik YADEA VELAX turut layak menerima rebat sehingga RM2,400 di bawah program MARiiCas yang diperkenalkan oleh MARii dan MITI sebagai inisiatif sokongan kepada kerajaan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan kenderaan berasaskan elektrik. Rebat ini merupakan galakan kepada rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan elektrik yang lebih hijau dan mampan.

VELAX dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 2,000W dengan kuasa maksimum 3,200W dan tork sehingga 172Nm. Sistem pemacu elektrik sepenuhnya menjanjikan tunggangan yang lancar dan bebas emisi, manakala bateri LFP 72V30Ah menyokong kelajuan maksimum sehingga 62km/jam dan jarak tunggangan anggaran sekitar 105km dengan sekali cas penuh.


Masa pengecasan juga amat praktikal dengan hanya 6 jam diperlukan untuk mengecas dari 0% ke 80% dan sekitar 8 jam untuk pengecasan penuh. Ketinggian tempat duduk ialah 760mm, sesuai untuk pelbagai jenis penunggang, dan berat motosikal ini ialah 110kg (termasuk bateri) atau 92kg (tanpa bateri). Bahagian hadapan dan belakang dilengkapi tayar bersaiz 90/90-14 dan 100/90-14 serta sistem brek cakera CBS di kedua-dua roda untuk memberikan kawalan membrek yang lebih stabil. Sistem saspensinya terdiri daripada fork hadapan jenis teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang.

Lebih menarik, YADEA VELAX dilengkapi dengan penarafan kalis air IPX7 termasuk bahagian motor dan bateri yang membolehkannya beroperasi seperti biasa walaupun berada di dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit. Dengan tayar bersaiz 14 inci di depan dan belakang, skuter elektrik ini juga mampu meredah air sehingga kedalaman 300mm, sekaligus melindungi komponen penting dan memberikan ketenangan kepada penunggang dalam situasi hujan atau jalan basah.

YADEA VELAX turut dilengkapi dengan fungsi gear undur bagi memudahkan pergerakan terutamanya ketika mengundur di kawasan sempit. Model ini juga menyediakan dua mod tunggangan yang boleh dipilih mengikut keperluan penunggang, iaitu mod ‘S’ (Sport) untuk prestasi maksimum dan ‘E’ (Eco) untuk penjimatan tenaga.



Antara ciri-ciri menarik:

  • port pengecas USB Type-A,
  • Sistem pencahayaan penuh LED (lampu hadapan, belakang dan isyarat),
  • Ciri lampu hazard, suis keselamatan tongkat sisi

Dengan setiap pembelian YADEA VELAX, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12.

Warta Roda

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk Benelli Panarea 125.

Dari Litar

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Md Irfan Haykhal Amidi akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas muncul juara dalam pusingan keepat CP150.

Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.