☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Ogos 2025

Skuter Elektrik Mampu Milik, YADEA RS20 - Harga Asas RM4,998

YADEA Malaysia memperluaskan lagi rangkai skuter elektrik dengan memperkenalkan model terbaru iaitu YADEA RS20 ke dalam pasaran negara. Tampil dengan tiga pilihan warna seperti Khaki Grey, Roman Grey dan Grey.

Skuter ini dikuasakan dengan Wheel Hub Motor yang berkuasa 2,450W dan nilai torknya sekitar 107Nm. Kelajuan maksimum YADEA RS20 adalah 51km/j sahaja.

RS20 dipadankan bersama bateri jenis Graphene 72V22Ah yang mampu dicas dari 0% hingga 80% dalam masa 6 jam manakala untuk pengecasan penuh iaitu 100% sehingga 8 jam. Dengan pengecasan penuh skuter ini mampu menyusuri perjalanan pada anggaran 105 kilometer (mengikut gaya tunganggan masing-masing).

Berat keseluruhan adalah 114kg manakala tanpa bateri sekitar 72kg, cukup ringan sekali. Jentera ini dipadankan dengan tayar bersaiz 90/80-12 untuk kedua-dua belah. Sistem breknya pula menggunakan brek cakera di hadapan dan belakang pula jenis drum. Kedua-dua brek ini turut dilengkapi dengan sistem CBS (Combined Braking System).

Menariknya, pemilik model ini boleh mengimbas kod QR menerusi aplikasi YADEA App untuk membuka kunci motosikal ini melalui telefon bimbit. Terdapat tiga kaedah untuk membuka kunci iaitu melalui kunci mekanikal, remote dan aplikasi YADEA.

Ciri-ciri lain yang ada pada model ini antaranya, lampu-lampu LED, meter digital berwarna penuh, soket pengecas USB Type-A, dua mod tunggangan (Sport & Eco), fungsi gear undur, ruang simpanan bawah pelana, ruang kompartmen depan dan suis keselamatan side stand.

YADEA RS20 ditawarkan pada harga asas yang sangat berpatutan iaitu RM4,998 (tanpa cukai jalan & insurans). Pihak Mforce juga turut memaklumkan motosikal ini akan layak menerima rebat dari MARiiCas dalam masa terdekat. Jadi harga badan yang diumumkan itu adalah sebelum menerima rebat, jika ditolak sudah tentu akan jadi RM2,598. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Artikel berkaitan

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.