☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 September 2025

Indian Motorcycle Malaysia Perkenalkan Barisan Siri Scout 2025

Indian Motorcycle Malaysia di bawah edaran Spirit Lake Motor Sdn. Bhd. dan AFY Mobility Industries (AMI) dengan rasminyacmemperkenalkan barisan model-model Indian SCOUT 2025 serba baru ke pasaran negara.

Pelancaran lima model baru ini telah diadakan di Bumirai Showroom, Petaling Jaya dan disempurnakan oleh En. Lai Wai Keat, Pengurus Jenama Indian Motorcycle Malaysia.

Rekabentuk Indian Scout terdiri daripada ciri-ciri ikonik, warisan, serta tradisi sebuah cruiser gaya Amerika. Indian Motorcycle Malaysia berhasrat untuk dapat menikmati setiap keistimewaan yang ditawarkan oleh siri Scout 2025.

Terdapat lima model yang ditawarkan iaitu:

  • Indian 101 Scout – Premium Performance
  • Indian Scout Classic – Authentic & Timeless
  • Indian Super Scout – Nostalgic Cruiser
  • Indian Scout Bobber – Stripped, Iconic & Raw
  • Indian Sport Scout – Aggressive Spirit

Siri Indian Scout 2025 kini hadir dengan enjin baru, Speed Plus V-Twin berkapasiti 1250cc yang dibina untuk prestasi dan ketahanan. Enjin ini menghasilkan 105hp dan kuasa tork 108Nm pada 6,300rpm.

Indian Scout Bobber.
Indian Scout Bobber.

Model varian tertinggi iaigu Indian 101 Scout pula dilengkapi versi enjin yang lebih berkuasa, 111hp dan tork 111Nm. Model ini hadir dengan sistem transmisi enam kelajuan yang memberikan tunggangan lancar, seimbang dan bertenaga.

Model serba baharu ini ditawarkan dalam tiga jenis trim kemasan aksesori dan teknologi iaitu Standard, Limited, dan Limited +Tech. Setiap satunya dilengkapi dengan teknologi serta ciri keselamatan moden.

Indian 101 Scout.
Indian 101 Scout.

Selain penghasilan casis dan enjin yang lebih berkuasa, pengendalian turut ditingkatkan dengan kehadiran ciri keselamatan dan keselesaan moden seperti:

  • Brek ABS & lampu LED (standard bagi semua trim)
  • Pengenalan tiga mod tunggangan serta kawalan cengkaman ‘Sport, Standard & Rain’ (untuk trim Limited & Limited +Tech)
  • Sistem penghidup tanpa kunci & paparan LCD 4-inci yang dilengkapi teknologi ‘RIDE COMMAND’ (untuk Limited +Tech)
  • Integrasi sambungan nirwayar RIDE COMMAND+ (untuk Limited +Tech)
  • LCD TFT bersaiz 4 inci berserta sistem sambungan Bluetooth denga aplikasi peranti pintar, sistem navigasi dengan fungsi navigasi.
  • serta sokongan slot pengecasan telefon pintar + soket USB.

Berikut adalah senarai model-model yang ditawarkan:

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).