☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Oktober 2025

Yamaha YZF-R25 2025 Tampil Rupabentuk Baharu - RM23,098

Bersempena dengan majlis MotoGP Meet & Greet bersama para pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya melancarkan Yamaha YZF-R25 generasi terbaru untuk pasaran tempatan.

Yamaha YZF-R25 untuk tahun 2025 hadir dengan rekaaan terbaru R-Series yang diinspirasikan daripada DNA perlumbaan Yamaha kini lebih agrasif dan bergaya.

Seperti yang kita lihat, bahagian hadapan jenteri dilengkapi fairing yang lebih panjang untuk meningkatkan lagi ciri aerodinamiknya. Lampu utama jenis LED projektor dan dua pasang lampu DRL menyerlahkan lagi rupabentuk motosikal ini. Lampu belakangnya juga kini berbentuk baru yang tamil lebih sporty.

Untuk memberikan keyakinan maksimum kepada penunggang, Yamaha YZF-R25 serba baharu tampil dengan reka bentuk lebih lincah dan ringan, menjadikan kawalannya lebih mudah dan responsif. Reka bentuk tempat duduk serta panel sisi yang lebih tirus turut menambah keselesaan ketika tunggangan.

Selain itu, model baharu ini kini didatangkan dengan sistem klac jenis Assist & Slipper (A&S) agar proses penukaran gear menurun dapat dilakukan dengan lebih lancar. ini bermakna, sistem klac ini dapat mengurangkan brek enjin yang berlebihan supaya dapat memberikan tunggangan yang stabil dan responsif.

Dari segi enjin kekal seperti model sebelum ini, R25 menggunakan enjin 249cc dua silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin dengan trasnmisi 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 35.5hp pada 12,000rpm dan tork sekitar 22.6Nm pada 10,000rpm.

Antara kelengkapan lain seperti sambungan aplikias Yamaha Y-Connect, meter digital, sistem ABS, USB Type-A, tayar hadapan 110/70-17, tayar belakang 140/70-17, fork USD, penyerap hentak monoshock di belakang, berat 166kg, tinggi pelana 780mm dan tangki bahan api 14 liter.

Yamaha YZF-R25 2025 ditawarkan pada harga asas bermula RM23,098 dengan dua pilihan warna iaitu Pearl Blu dan Racing Blue. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.