Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 November 2025

Morbidelli T502X, T252X & T250X Dilancarkan

Jenama Morbidelli mencuri perhatian dengan memperkenalkan tiga model advanture baharu untuk pasaran Malaysia bersempena sesi lawatan media tempatan di Taizho, China. Tiga model yang dilancarkan itu ialah T502X, T252X dan T250X.

Morbidelli T502X merupakan model adventure bersaiz pertengahan yang direka untuk jarak jauh serta penggunaan lasak. Model ini didatangkan dengan enjin 486 cc dua silinder selari yang menghasilkan 46.94hp pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 6,750rpm. 

Sebagai sebuah jentera adventure, T502X dilengkapi ciri-ciri menarik seperti tangki bahan api 18 liter, sistem ABS dua saluran, pelindung enjin, pelindung tangan serta bar perlindung. Kelengkapan lain adalah lampu-lampu LED, lampu kabus, fork USD (depan), penyerap hentak monoshock dengan pelarasan preload, brek cakera 300mm (depan), cakera 240mm (belakang), meter TFT 7 inci berat 210kg, mod tunggangan, Traction Control, TPMS dan tinggi pelana 830mm.

T502X ditawarkan pada harga asas RM28,888 dengan dua pilihan warna iaitu Black dan Blue. Menariknya, pembelian jentera ini turut disertakan dengan kelengkapan kotak sisi dan belakang.

Bagi penunggang yang inginkan sebuah motosikal yang berprestasi, lincah dan lengkap dengan pelbagai teknologi, mungkin Morbidelli T252X boleh dijadikan antara sebagai pilihan. Enjin 249.5cc dua silinder, DOHC dan sistem penyejuk cecair menghasilkan kuasa 31.51hp pada 11,000 rpm serta tork 21Nm pada 9,500rpm sesuai untuk tunggangan harian dan pengembaraan ringan.

Suspensi hadapan jenis fork terbalik 41 mm digandingkan bersama penyerap hentak tunggal dengan pelarasan preload di belakang untuk memberikan kawalan optimun di laluan lasak. Model ini turut hadir dengan tiga mod tunggangan iaitu Standard, Sport dan Off-road yang masing-masing mempunyai tahap kuasa yang berbeza. Berat 195 kg, tangki 16.8 liter serta sistem brek cakera 300mm (depan) dan 240mm (belakang) menjadikannya motosikal serba guna. Antara kelengkapan lain seperti tangki bahan api 16.8 liter, Traction Control, TPMS, meter TFT 7-inci serta sistem Moto Connectivity Unit (MCU) untuk navigasi, keselamatan dan fungsi sambungan telefon.

Dari segi harga pula, T252X yang lengkap bersama kotak sisi dan belakang dijual pada harga asas bermula RM16,888 dengan dua pilihan warna iaitu Black dan White.

Morbideli T250X pula merupakan model paling ringan dan ringkas dalam keluarganya. Jenetra ini dikuasakan dengan enjin 249cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk udara. Enjin bertransmisi 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sekitar 22.4hp pada 7,500rpm dan tork 22Nm pada 6,000rpm.

Dengan memiliki berat 154kg, T250X boleh dikendalikan di laluan terhad dan juga off-road ringan. Kerangkan pada model ini jenis  double-cradle manakal suspensi hadapan fork terbalik 41mm dan belakang menggunakan penyerap hentak tunggal dengan pelarasan preload. Ciri lain yang ada seperti paparan meter LCD menegak, tangki bahanpi 11.7 liter, tinggi pelana 820mm, kelegaan tanah 220mm, brek cakera 265mm (depan), cakera 220mm (belakang), Traction Control, sistem ABS dan lampu LED.

Terdapat dua varian iaitu Standard ditawarkan pada harga asas RM9,888 (Sandy Yellow, Grey & Black) manakala edisi khas yang lengkap dengan set touring pada harga asas RM11,288 (Sandy Yellow, Grey & Black).

Menurut pihak Mforce Bike Holdings, kesemua jentera adventure ini bakal berada di pasaran negara pada akhir tahun 2025 dan awal 2026. RR

Popular

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

  • Dari Litar

    Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

  • Model Baru

    Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5.

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Model Baru

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

AVETA terus mengembangkan raingkaian keluarga Vanguard menerusi pengenalan baharu buat skuter Adventure Touring Crossover (ATC) iaitu Vanguard 180.

Warta Roda

ARIIC GOBI 250 Tiba di Pengedar Mforce Smartshop Seluruh Negara

Selepas dipertontonkan di China dan diperkenalkan di Mforce Moto Xperience di Malaysia Bike Show 2026, akhirnya ARIIC Gobi 250 kini telah mula tiba di semua pusat pengedar MForce Smartshop