☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 November 2025

BMW Motorrad Malaysia Lancar M 1000 R Competition - RM219,500

Selepas memperkenalkan M 1000 RR Competition, BMW Motorrad Malaysia kini memperkenalkan pula M 1000 R Competition Baharu yang merupakan model Hyper Naked yang dibina berasaskan teknologi litar namun sesuai untuk penggunaan di atas jalan raya.

Model ini mengekalkan DNA perlumbaan menerusi rekaan yang tajam termasuklah lampu utama LED dwi-aliran, kemasan Platinum Grey pada rangka belakang dan lengan ayun, serta komponen berinspirasikan motosikal kompetitif. Dar segi enjin, M 1000 R Competition menggunakan enjin 999cc yang menghasilkan kuasa 210hp pada 13,750rpm dan tork sekitar 113Nm pada 11,000rpm. motosikal ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam 3.2 saat manakala kelajuan maksmium boleh mencapai 280km/j.

Prestasi kawalannya dipertingkatkan dengan pendikit M short-stroke yang menawarkan sudut putaran 58 darjah,. Sistem Dynamic Traction Control ditala semula untuk menawarkan prestasi yang setaraf dengan model RR, terutamanya dalam mod Race.

Sebagai ciri-ciri standard, M 1000 R Competition dilengkapi dengan Riding Mode Pro (Rain, Road, Dynamic, Race, Race Pro 1, Race Pro 2 & Race Pro 3), Engine Braking, Quickshifter, Traction Control, Wheelie Control, sistem ABS, Cuise Control, Gear Shift Assistant Pro, M start-up animation, M chassis kit, M Lightweight battery, M brakes, M Titanium Exhaust, M Seat dan pengera anti kecurian.

Varian M Competition menampilkan peningkatan eksklusif untuk penunggang yang mahukan prestasi maksimum dan gaya yang lebih agresif. Model ini dilengkapi Pakej M Carbon, yang merangkumi pelbagai komponen karbon dengan kemasan Matte seperti penutup roda, penutup tangki karbon dalam warna biru & merah, penutup kotak udara, fender hadapan, pelindung rantai, fender belakang, penutup gegancu, pelindung angin, panel sisi dan penutup tempat duduk penumpang

Selain itu, M Billet Pack menambah komponen dimesin dengan ketepatan tinggi menggunakan teknologi CNC, termasuk tempat pemijak kaki yang boleh dilaras untuk keselesaan dan ergonomik lebih baik. Roda dan sayap diperbuat daripada karbon, rantai direka untuk ketahanan maksimum, manakala kit penumpang membolehkan motosikal digunakan dengan lebih fleksibel.

Manakal Perekod Pusingan GPS M membolehkan penunggang merekod dan menilai prestasi motosikal sama ada di jalan raya atau litar perlumbaan. Gabungan semua ciri ini menjadikan BMW M 1000 R Competition M Competition bukan sahaja bergaya dan ringan, tetapi turut menawarkan prestasi bertaraf litar yang luar biasa.

BMW M 1000 R Competition Baharu ditawarkan pada harga asas RM219,500 termasuk Program Waranti Tiga Tahun dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun yang baharu oleh BMW Motorrad Malaysia. Harga yang ditawarakan adalah atas jalan tanpa insurans.



Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW M 1000 R Competition Baharu bermula daripada RM 3,068.00 sebulan (berdasarkan anggaran Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman 90 peratus bagi tempoh tujuh tahun). Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan menerusi Program Minyak Enjin Premium Terkemuka dalam Industri, Servis Inklusif, dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.