☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 November 2025

GOBI 250: Skuter Adventure Terkini dari ARIIC

Sebelum ini RR telah pun berkongsikan tentang model skuter maksi dari Ariic iaitu Touch 250 dan kini, perkenalkan pula sebuah lagi skuter berkuasa 250cc tetapi direka untuk pengembaraan jalanan biasa dan laluan lasak. GOBI 250 turut disenaraikan oleh pihak Mforce Bike bakal mencabar segmen skuter lasak di negara pada tahun hadapan. Harga sedikit tinggi berbanding Touch 250 (RM13,888) iaitu jangkaannya RM14,388.

Yas...melihat kepada rekabentuk luarannya, GOBI 250 ini memang dekat dengan jiwa adventure. Kerangkanya jenis 'Integral' yang bertujuan untuk menambah ketegaran, lebih efisien dan pergerakan lebih mantap - penting untuk keselesaan di laluan lasak. Untuk selari dengan rekaan kerangka itu, fork hadapan GOBI 250 menggunakan fork USD yang lebih ringan.

Nadi skuter ini bersesaran 249cc, silinder tunggal, 4 lejang, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 22.5hp pada 7,500rpm dan tork 23.5Nm pada 5,250rpm. Model ini turut dilengkapkan dengan panel meter TFT bersaiz 7-inci berwarna penuh. Selain sambungan bluetooth, panel meternya turut memaparkan video bersolusi tinggi (HD) menerusi kamera yang terdapat di bahagian depan.

'Windsheild' boleh dilaras kepaa 2 tahap ketinggian cuma ia bukan jenis elektronik. Lampu utamanya jenis LED yang direka kemas dan anggun. Ruang kakinya pula secara peribadi sayaa dapati memang cukup luas dan selesa. Itulah yang diperlukan untuk mengurangkan keletihan lebih-lebih lagi dalam perjalanan jarak jauh.

Ruang bawan pelana boleh memuatkan topi keledar 'full face' manakala tangkinya bersaiz 12.5 liter. Dengan ketinggian pelana hanya 780mm,, GOBI 250 pastinya boleh ditunggang oleh sesiapa sahaja. Walaupun peluang menunggang uji skuter ini hanya sekejap, GOBI 250 telah bergaya menawarkan pengalaman yang menarik khususnya dari sudut pengendalian dabn kestabilan.

Walaupun belum dinyatakan sama ada semua warna akan dibawa masuk tetapi harganya telah diumumkan iaitu RM14,388. RR

Popular

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Artikel berkaitan

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

KTM Malaysia turut merancang memeprkenalkan KTM 790 Adventure 2027 ke pasaran tempatan.

Model Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Zontes 552H sah masuk Malaysia Suku Tahun Kedua 2027.

Konvoi PETRONAS Sprinta 2026 Himpun Lebih 700 Penunggang!

Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2026 yang masuk tahun keempat penganjuran mencatatkan penyertaan paling ramai setakat ini apabila lebih 700 penunggang.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.