☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Februari 2026

BRIXTON STORR 500 Sudah Berada di Pasaran - RM29,888

Brixton Motorcycles Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan motosikal kembara kelas pertengahan menerusi Storr 500 bersempena Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.

Model ini dijana enjin dua silinder 486cc, 4 lejang, DOHC dengan sistem penyejuk cecair mampu menghasilkan kuasa 47hp pada 8,500rpm dan tork 43Nm pada 6,750rpm. Enjin transmisi 6-kelajuan ini turut dipadankan bersama sistem suntikan bahan api EFI BOSCH bagi mengoptimumkan penggunaan petrol.

Sebagai sebuah jentera kembara yang boleh di tunggang di mana jua, Storr 500 menampilkan saspensi hadapan jenis terbalik dari KYB manakala bahagian belakang menggunakan penyerap hentak tunggal KYB dengan pelarasan pra-beban.

Sistem brek pada model ini menggunakan cakera tunggal 320mm (depan) dan 240mm (belakang) yang lengkap dengan sistem ABS dua saluran. Manakala sistem Traction Control pada model ini boleh dilaras mengikut empat mod sistem brek:

  1. TCS Aktif, ABS Aktif
  2. TCS Tidak Aktif, ABS Aktif
  3. TCS Aktif, ABS Tidak Aktif
  4. TCS Tidak Aktif, ABS Tidak Aktif

Antara kelengkapan lain seperti tayar hadapan 110/80-19, tayar belakang 150/60-17, tinggi pelana 830mm, berat 209kg, meter TFT 7-inci yang menyokong fungsi Bluetooth, lampu spotlight LED, USB Type-A, boleh disambung dengan aplikasi pihak ketiga Carbit Ride dan penggunaan serta bateri 12V 8Ah jenis Gel.

Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Green dan Yellow dengan harga asas bermula RM29,888 (tanpa cukai jalan & insurans). Harga tersebut adalah termasuk sekali dengan tiga unit kotak simpanan yang terdiri daripada dua kotak sisi dan satu kotak atas. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.