☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Februari 2026

Cyclone Tampilkan Model Cruiser Baharu, RA600 - RM25,888

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Cyclone di Malaysia secara rasmi memperkenalkan model cruiser terbaharu iaitu RA600. Pelancaran model ini bersempena majlis Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.

RA600 menggunakan enjin 550.4cc dua silinder, 8-injap, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Jentera yang menampilkan enjin transmisi 6-kelajuan ini boleh menghasilkan kuasa 58hp pada 8,500rpm dan tork 55Nm pada 6,500rpm.

Bahagian suspensi pula terdiri daripada dork teleskopik untuk bahagian hadapan manakala belakang didatangkan dengan oenyerap hentak monoshock. Selain dilengkapi brek-brek cakera, RA600 turut hadir bersama sistem ABS dua saluran.

Antara ciri-ciri moden termasuklah paparan meter TFT, lampu LED sepenuhnya, Traction Control (boleh On/Off), TPMS dan soket pengecas USB Type-A. Identiti cruiser pada model ini diserlahkan lagi dengan penggunaan sistem ekzos berkembar kiri & kanan serta tempat penyandar untuk pembonceng.

Jentera ini turut menyokong aplikasi pihak ketiga iaitu Carbit Ride yang membolehkan pemilik menggunakan sistem navigasi, paparan skrin dan notifikasi terus pada meter. Sistem ini boleh disambungkan dengan telefon pintar menggunakan sambungan Bluetooth

Kelengkapan lain adalah tayar CST bersaiz 130/90-16 M/C di hadapan & 150/80-16 M/C di belakang, tinggi pelana 725mm, berat 198kg, kelegaan tanah 150mm, sistem suntikan bahan api EFI Bosch dan tangki bahan api 14.5 liter.

Cyclone RA600 sudah boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia dengan dua pilihan warna Strong Grey dan Prestige Black. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula RM25,888 (tanpa cukai jalan dan insurans). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).