☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Mac 2026

QJMOTOR RINO 900 ADV - Jentera Kembara Serba Baru

QJMOTOR sekali lagi tampil dengan sebuah jentera baru iaitu Rino 900ADV yang menawarkan rekaan luar biasa dan spesifikasi enjin yang cukup mantap. Model ini diperkenalkan di Eropah beberapa bulan lalu dan telah mendapat perhatian dan pujian daripada para peminat dunia dua roda.

Antara ciri-ciri yang paling menarik tentulah dari segi pembangunan rekabentuknya yang dihasilkan oleh Andrian Morton di studio C-Creative yang diasaskan oleh Giovanni Castaglioni (bekas Presiden MV Agusta Motor Spa.

Nama Rino diambil daripada 'Badak Sumbu' atau Rhinoceros yang melambangkan Ketegapan, Ketangkasan, Kekuatan dan Kompak.

Masih belum ada spesifikasi penuh selain, model kembara ini disempurnakan dengan enjin 900cc, tiga silinder yang dipadankan dengan pelbagai sistem elektronik moden. Menurut laman web rasmi QJMOTOR.UK, model ini berkemungkinan besar akan menggunakan sistem transmisi automatik seperti sistem AMT.

Fork hadapan jenis USD yang dipadankan dengan penyerap hentak tunggal boleh laras di bahagian belakang dari jenama Marzocchi. Tayar hadapan 19-inci, tayar belakang 19-inci dan didatangkan dengan sistem brek jenis Brembo beserta sistem ABS dan Traction Control.

Sistem elektronik yang ditawarkan oleh model ini terdiri daripada panel meter TFT, sistem Cruise-Control, Pemanas Pendikit/Pelana, sistem sambungan telefon pintar, sistem navigasi dan semestinya lampu-lampu jenis LED.

Itulah sedikit info yang dapat kami kongsikan mengenai model kembara baru ini. Kita berharap pihak QJMOTOR cepat-cepat melancarkannya secara rasmi agar segala info dan maklumat yang lebih terperinci dapat kami siarkan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.