☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2026

Jentera Gaya Retro, Aveta Bellagio 125

Selepas melancarkan Viper 180, Aveta Malaysia turut memperkukuhkan lagi segmen motosikal skuter mereka apabila memperkenalkan Bellagio 125 untuk pasaran negara. Motosikal moden-retro ini menampilkan reka bentuk klasik yang elegan, namun dilengkapi ciri-ciri moden yang memudahkan kehidupan harian penunggang.

Bellagio 125 dikuasakan enjin 124cc satu silinder dengan sistem penyejuk udara yang menghasilkan kuasa 6.5kW pada 7,500rpm dan tork sekitar 9.5nm pada 6,00rpm.. Jarak roda sepanjang 1,300mm pula memberikan kestabilan ketika menunggang untuk memudahkan pengendalian di trafik bandar yang padat.

Selain itu, model ini juga disempurnakan bersama paparan digital berwarna penuh bagi memudahkan penunggang membaca informasi penting. Soket pengecas USB Type-A dan Type-C pula membolehkan peranti elektronik dicas dengan mudah semasa dalam perjalanan. Ciri tambahan seperti cermin penghadang angin bergaya klasik dan rel pemegang belakang menambahkan sentuhan retro yang ikonik.

Antara kelengkapan lain seperti lampu-lampu LED, tangki bahan api 6 liter, ruang simpanan bawah pelana, berat 100kg, tinggi pelana 775mm serta tayar hadapan dan belakang bersaiz 90/90-12. 

Aveta Bellagio 125 ditawarkan pada harga asas RM6,998 dengan tiga pilihan warna iaitu Diamond White, Pistachio Green, dan Carbon Black. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Artikel berkaitan

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) melakukan kebangkitan luar biasa dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026 apabila muncul juara GP San Marino

Dari Litar

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Hakim Danish Ramli menyasarkan keputusan lebih baik apabila kembali beraksi padaGP San Marino.