☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Mei 2026

Barisan Harley-Davidson 2026 Masuk Pasaran Negara - Bermula RM112,000

Harley-Davidson Malaysia secara rasminya memperkenalkan barisan untuk model 2026 mereka ke dalam pasaran negara sempena acara National Dealer Open House yang berlangsung di semua pengedar sah Harley-Davidson di seluruh negara. Majlis pelancaran ini telah berlangsung di Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur.

Sebagai model 2026, H-D tampil dengan barisan yang lebih menyeluruh yang merangkumi segmen Grand American Touring, Cruiser dan Custom Vehicle Operation (CVO).

Road Glide Limited
Road Glide Limited

Segmen Grand American Touring menerusi Street Glide Limited dan Road Glide Limited versi baharu ini direka khas buat para penunggang yang inginkan tahap kemewahan, prestasi dan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh.

Street Glide Limited
Street Glide Limited

Kedua-dua model premium ini hadir dengan enjin Milwaukee-Eight VVT 117 yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 107hp. Antara ciri-ciri baharu yang ada antaranya Grand Tour-Pak yang direka semula, sistem audio premium Harley-Davidson Audio powered by Rockford Fosgate serta sistem operasi Harley-Davidson Skyline OS yang lengkap dengan navigasi terbina dalam paparan meter TFT (skrin sentuh) berwarna penuh.

Road Glide & Street Glide
Road Glide & Street Glide



Harley-Davidson Street Glide Limited ditawarkan pada harga asas bermula RM213,000 manakala untuk Road Glide Limited pada harga bermula RM207,000. Sementara itu, bagi model asas Road Glide dan Street Glide masing-masing pada harga bermula RM193,00 dan RM178,000.

Low Rider S
Low Rider S
Low Rider ST
Low Rider ST

Bagi peminat jentera Cruiser, Harley-Davidson turut menawarkan pelbagai model menarik seperti Low Rider S, Low Rider ST, Heritage Classic, Breakout, Fat Boy dan Street Bob.

Heritage Classic
Heritage Classic
Breakout
Breakout

Setiap model tampil dengan karakter dan gaya tersendiri menerusi rekaan klasik hinggalah kepada prestasi tinggi serta penampilan custom yang lebih berani. Kesemua model dilengkapi sistem Rider Safety Enhancements by Harley-Davidson dan enjin Milwaukee-Eight 117 yang ditawarkan dalam tiga talaan berbeza.

Fat Boy
Fat Boy
Street Bob
Street Bob

Perbezaan talaan tersebut melibatkan sistem kemasukan udara, ekzos, profil cam dan mod tunggangan bagi memastikan setiap model mempunyai prestasi yang berbeza.

Berikut merupakan harga bagi barisan segmen Cruiser:

  • Low Rider S - RM126,000
  • Low Rider ST - RM139,000
  • Heritage Classic - RM134,000
  • Breakout - RM134,00
  • Fat Boy - RM137,900
  • Street Bob - RM112,000
CVO Street Glide ST & CVO Road Glide ST
CVO Street Glide ST & CVO Road Glide ST

Pada masa yang sama, Harley-Davidson turut menampilkan barisan Custom Vehicle Operation (CVO) untuk tahun 2026. Antara model yang diperkenalkan pada hari pelancaran tersebut adalah  CVO Street Glide ST dan CVO Road Glide ST. 

Setiap model CVO menampilkan gabungan kuasa, rekacorak premium dan inovasi terkini yang menjadi simbol kemuncak reka bentuk serta teknologi Harley-Davidson. RR

Popular

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Artikel berkaitan

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

Zontes bakal memperluaskan penawaran skuter berkapasiti besar di Malaysia menerusi pengenalan skuter adventure baharu iaitu Zontes 552G.

Model Baru

SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

Suzuki sekali lagi menggegarkan pentas bumi Milan! Selepas peminat tegar naked bike berduka seketika dengan berita persaraan enjin legenda SV650, gergasi Hamamatsu tidak menunggu lama untuk melepaskan pengganti mutlaknya. Rasmi diperkenalkan kepada dunia di EICMA, jentera ini diberi nama Suzuki SV-7S.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.