☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Mei 2026

KTM Malaysia Lancar 4 Model Siri Baharu KTM 390 - Bermula RM 27,300

KTM Malaysia kembali mencuri perhatian peminat dua roda tempatan menerusi pelancaran rasmi barisan baharu siri KTM 390 yang paling dinanti-nantikan tahun ini. Pelancaran tersebut menyaksikan empat model baharu diperkenalkan merangkumi segmen Adventure, Dual-Sport dan Supermoto, sekali gus memperkukuh kehadiran jenama itu dalam pasaran motosikal berprestasi tinggi di Malaysia.

Buat pertama kalinya dalam keluarga KTM 390cc, siri baharu ini memfokuskan konsep dwi-kegunaan yang menggabungkan kemampuan tunggangan jalan raya dan prestasi off-road dalam satu pakej lengkap. Membawakan tema '≠1 Two Worlds, Zero Excuses', siri KTM 390 generasi baharu ini direka untuk memenuhi pelbagai gaya tunggangan sama ada harian, touring, laluan lasak mahupun aksi supermoto.

Antara model yang diperkenalkan ialah KTM 390 Adventure R pada harga RM33,300, KTM 390 Adventure X (RM29,300), KTM 390 Enduro R (RM27,300), dan KTM 390 SMC R (RM27,300). Kesemua model hadir bersama Quickshifter+ percuma serta waranti selama empat tahun.

Keempat-empat model tersebut didatangkan dengan enjin LC4c 398.7cc satu silinder generasi terkini yang dipadankan bersama casis steel trellis khas KTM. Kesemua model menghasilkan kuasa 45PS dan tork 39Nm menerusi transmisi enam kelajuan. Selain itu, interval servis kini dipanjangkan kepada setiap 10,000km selepas servis pertama pada 1,000km

KTM 390 Adventure R

Model paling ekstrem dalam keluarga Adventure ini hadir dengan rekaan berinspirasikan jentera rally serta kemampuan off-road yang sangat tinggi. Ia dilengkapi paparan TFT 5-inci resolusi tinggi bersama tiga mod tunggangan iaitu Street, Off-Road dan Rain untuk kawalan optimum di pelbagai permukaan jalan. Adventure R turut menerima fork WP APEX Open Cartridge 43 mm dengan jarak travel 230 mm, sistem Motorcycle Traction Control (MTC), Cornering ABS dan Offroad ABS.

KTM 390 Adventure X

Adventure X pula direka sebagai model entry-level dalam segmen adventure KTM. Dengan ketinggian tempat duduk lebih rendah pada 825 mm dan tangki bahan api 14 liter, motosikal ini sesuai untuk tunggangan harian, touring serta pengembaraan off-road ringan. Ia turut menampilkan Offroad ABS dan sistem suspensi WP APEX untuk pengendalian lebih selesa dan mudah dikawal.

KTM 390 Enduro R

Diinspirasikan daripada KTM 690 Enduro R, model ini merupakan jentera dual-sport paling ringan dalam keluarga KTM Enduro. Dengan berat kering hanya 159 kg, KTM 390 Enduro R menawarkan pengendalian lincah di laluan mencabar dan juga penggunaan bandar. Ia menggunakan rim jenis jejari 21 inci depan dan 18 inci belakang.

KTM 390 SMC R

Bagi peminat supermoto, KTM 390 SMC R menjadi model sesaran rendah pertama dalam barisan KTM SMC. Ia dilengkapi paparan TFT 4.2 inci bersama dua mod tunggangan iaitu Street dan Sport. Model ini turut menerima ciri Supermoto ABS yang membolehkan penunggang melakukan slide ketika mengambil selekoh dengan lebih yakin sambil mengekalkan kestabilan pada bahagian hadapan.

Selain pelancaran empat model baharu tersebut, KTM Malaysia turut mengumumkan kemas kini warna baharu untuk KTM 390 DUKE yang bakal memasuki pasaran tempatan pada suku keempat 2026 dengan harga bermula RM30,300. Model naked popular itu dijangka tampil dengan rekaan lebih agresif dan moden sejajar identiti READY TO RACE KTM. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Artikel berkaitan

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

Zontes dijangka memperluaskan rangkaian skuter berkuasa tinggi di pasaran Malaysia menerusi pengenalan model baharu Zontes 552S.

Model Baru

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.