Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 Mei 2026

Royal Enfield Goan Classic 350 Tiba Untuk Pasaran Negara - Bermula RM25,200

Royal Enfield Malaysia secara rasminya memperkenalkan motosikal gaya retro baharu menerusi Royal Enfield Goan Classic 350. Kehadiran jentera ini menampilkan identiti bobber klasik serta elemen gaya santai yang diinspirasikan daripada jentera bohemian dan budaya modifikasi motosikal di Goa, India sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.

Enjin Goan Classic 350 dibina berasaskan platform J-Series yang turut digunakan pada Classic 350 dan Meteor 350. Model ini dijana enjin satu silinder 349cc dengan sistem penyejuk udara-minyak. Enjin bertransmisi 5-kelajuan bersama slipper clutch mampu menghasilkan kuasa 20.2hp pada 6,100rpm manakala tork sekitar 27Nm pada 4,000rpm.

Dari sudut rekaan, Goan Classic 350 menampilkan karakter bobber yang lebih unik dengan penggunaan hendal jenis ape-hanger,pelana jenis tunggal, rekaan fender minimalis serta penggunaan tayar white-wall bagi menaikkan lagi aura klasik pada motosikal tersebut. Selain itu, penggunaan rim jenis jejari dan posisi tunggangan yang lebih santai menjadikan model ini tampil berbeza berbanding Classic 350.

Model ini turut dilengkapi ciri moden seperti lampu LED penuh, paparan meter separa digital dan analog serta  terdapat sokongan sistem navigasi Tripper bagi membantu penunggang mendapatkan pengalaman tunggangan yang lebih praktikal dan selesa.

Kelengkapan lain seperti berat kering 199kg, tinggi pelana 750mm, kelegaan tanah 170mm, fork teleskopik 41mm, penyerap hentak berkembar pelarasan preload 6 tahap di belakang, tayar hadapan 100/90-19, tayar belakang 130/90-16, brek cakera hadapan 300mm, cakera belakang 270mm, ADS dua saluran, USB Type-C dan tangki bahan api bersaiz 13 liter.

Menurut Royal Enfield Malaysia, pelancaran Goan Classic 350 membuktikan komitmen jenama itu dalam menawarkan motosikal yang bukan sahaja mempunyai identiti tersendiri, malah memenuhi cita rasa penunggang moden yang menghargai elemen warisan klasik dan gaya hidup pengembaraan.

Royal Enfield Goan Classic 350 ditawarkan dalam empat jenis varian warna iaitu Shack Black dan Purple Haze pada harga asas RM25,200 manakala untuk warna Trip Teal dan Rave Red pada harga bermula RM25,200. Kesuma model hadir dengan waranti jarak perjalanan tanpa had. RR

Popular

  • Warta Roda

    Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

  • Warta Roda

    Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

  • Warta Roda

    Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

  • Model Baru

    Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

  • Model Baru

    Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Artikel berkaitan

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888

Model Baru

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900