☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Jun 2026

VOGE Perkenalkan Dua Model Kembara Baru: DS625X dan DS800X Rally

Siapa peminat jentera kembara yang sempat ke Mforce MotoXperience di Malaysia Bike Show pastinya tak 'miss' singgah...tengok dan belek dua model terbaru yang diperkenalkan oleh jenama VOGE iaitu DS625X dan DS800X Rally.

DS625X hadir dengan enjin 2 silinder, 8-injap. DOHC, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 64hp pada 9,000rpm dan tork 57Nmn pada 6,500rpm dan ditawarkan pada harga RM35,888.

Model ini dilengkapkan dengan dua mod tunggangan (Eco & Sport) dengan hantaran kuasa yang berbeza. Bahagian hadapan tampak cukup garang dengan lampu-lampu LED, lampu DRL dan turut didatangkan dengan lampu spotlight sebagai aksesori standard. Panel meter jenis LCD berwarna yang memaparkan Tahap Kelajuan, Putaran RPM, Posisi Gear, Tahap Bahan Api, Mod Tunggangan dan pelbagai informasi lain.

Bagi menjamin tunggangan selesa di pelbagai jenis laluan, sistem saspensi model ini terdiri daripada fork hafapan jenis USD yang dipadankan dengan penyerap hentak belakang jenis tunggal. Tayar hadapan bersaiz 110/80-19 manakala di belakang 150/70-17 yang kedua-duanya dipadankan dengan brek-brek cakera jenis Nissin berserta sistem ABS.

Para pemilik DS25X turut akan mendapat set kotak simpanan yang lengkap.

Spesifikasi ringkas VOGE DS625X

  • Tinggi pelana: 835mm
  • Berat: 191kg
  • Sistem Transmisi: 6-kelajuan
  • Kelegaan tanah: 220mm
  • Tapak roda: 1,465mm
  • Port Pengecas USB: Jenis A

DS800X Rally pula lebih sesuai untuk mereka yang suka dengan pengembaraan dan beraksi di laluan lasak. Model ini telah pun kami uji ketika melawat kilangnya di China tahun lalu dan secara ringkasnya ia cukup tangkas, mudah dikawal dan memiliki hantaran kuasa yang cukup padu.

DS800X Rally disempurnakan dengan enjin 798cc, 2 silinder, DOHC, sistem penyejuk cecair yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 94hp pada 9,000rpm dan tork 8Nm pada 6,500rpm. Sistem transmisi 6-kelajuan dengan dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport.

Fork hadapan jenis teleskopik USD boleh dilaras manakala penyerapan di belakang dikawal oleh saspensi tunggal boleh laras. Sistem brek jenis cakera (depan & belakang) memberikan respon cemerlang untuk mengawal pergerakan tayar-tayar model ini.

Untuk disesuaikan dengan kemampuan jentera ini dilaluan lasak, DS800X Rally didatangkan dengan rim jenis berjejari. Ia turut didatangkan dengan panel meter TFT 7-inci yang cukup jelas dan menarik. Model ini juga hadir dengan sistem TPMS, ABS, Traction Control dan sistem pemanasan untuk pendikit dan pelana.

Spesifikasi ringkas VOGE DS800X Rally

  • Tinggi pelana: 850mm
  • Isi tangki: 24 liter
  • Kelegaan tanah: 220mm
  • Berat: 23kg
  • Tapak roda: 1,576mm
  • Port Pengecas USB: Jenis A & C

VOGE DS800X Rally ditawarkan pada harga RM39,888 dengan tiga warna pilihan iaitu Zenith White, Flash Yellow dan Onyx Black yang cukup menarik. RR

Popular

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

  • Warta Roda

    Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Artikel berkaitan

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).