☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 September 2026

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Siapa peminat motosikal dan Gundam? Kami rasa memang ramai! Bagi yang belum tahu, Gundam ialah sebuah siri fiksyen sains dari Jepun yang memperkenalkan kita (para peminat) dengan kisah peperangan yang melibatkan robot gergasi atau "mecha", juga dikenali sebagai mobile suit. Siri anime Gundam mula diperkenalkan pada tahun 1979 yang diterbitkan oleh studio Sunrise dan paling best, siri Gundam ini mempunyai jutaan peminat tegar yang sanggup untuk memiliki apa sahaja produk-produk yang berkaitan dengan siri ini.

Terkini, Grachaw telah melancarkan koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam dengan menampilkan tiga daripada Mobile Suit paling popular dalam siri itu khas buat para penunggang dan pengumpul produk-produk Gundam. Sebanyak 3,000 unit ditawarkan pada harga RM498 dengan tiga rekacorak menarik terdiri daripada RX-78-2 Gundam, MS-06F Zaku II dan MS-06S Char’s Zaku II.

RX-78-2 Gundam.
RX-78-2 Gundam.
 MS-06F Zaku II.
MS-06F Zaku II.

Pecahan unit penjualan adalah seperti berikut:

  • 1,500 unit - RX-78-2 Gundam
  • 1,000 unit - Char’s Zaku II
  • 500 unit - MS-06F Zaku II
MS-06S Char’s Zaku II.
MS-06S Char’s Zaku II.

GRACSHAW x Mobile Suit Gundam dihasil berasaskan model Glaive dengan menawarkan perincian tona warna, gayacorak grafik dan elemen mekanikal yang diilhamkan daripada Mobile Suit dalam siri tersebut. Mengapa model ini dipilih? Ini adalah kerana Glaive sememangnya cukup sesuai untuk para penunggang motosikal di Malaysia tidak kira dalam atau luar bandar.

Menurut Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan  Gracshaw, Chiong Sai Weng, edisi terhad ini hadir dengan memilih 'Ducktail' sebagai aksesori standard yang bukan sahaja memberikan kesan aerodinamik, tetapi juga penampilan yang berbeza berbanding Glaive biasa. Helmet Gracshaw termasuklah versi Limited Edition ini menerima pensijilan SIRIM dan ditawarkan dalam saiz S, M, L, XL dan 2XL.

Rekacorak: Untuk model RX-78-2 Gundam sudah tentulah diperkenalkan dengan identiti warna putih yang sinonim dengan pasukan Earth Federation Forces. Untuk MS-06F Zaku II, 'wajib' hadir dengan hijau yang meakili Principality of Zeon manakala MS-06S Char’s Zaku II dikemaskan dengan warna merah jambu dan marun yang memang sinonim dengan unit khas milik Char Aznable, atau Red Comet.

Topi keledar edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam akan tersedia mulai 7 September 2026 dipasarkan secara eksklusif di pengedar Sah GRACSHAW:

  • Roda Kota
  • Bikerz Garaj
  • Serdang Motorcycle
  • Super LS Motor Parts, Jalan Ipoh
  • Welly Sungai Buloh
  • Tokan Helmet
  • BLH Motor
  • WK Motorsport
  • Ann Seng Motor
  • CKT Motor
  • Hock Lee Motor
  • GRACSHAW Concept Store Hock Lee

Untuk maklumat lanjut, siala layari http://www.gracshaw.com. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Model Baru

    KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.