Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 September 2018

Kawasaki Ninja 250 Serba Baru

Bersempena pembukaan acara Arts Of Speed 2018 yang berlangsung di MAEPS, Serdang bulan Julai lalu, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) telah melancarkan jentera serba baru mereka iaitu Kawasaki Ninja 250. Dengan segmen motosikal 250cc yang semakin hari mempunyai daya saing yang tinggi, Ninja 250 ini tampil dengan reka bentuk, ciri-ciri dan spesifikasi baru berbanding dengan model Ninja 250 terdahulu. Jentera 250cc ini pasti memberikan prestasi menunggang dan pengendalian yang cemerlang kepada para penunggang motosikal.

Dari Kiri: Dato’ Jeffrey Lim bersama En. Ahmad Faez melancarkan Kawasaki Ninja 250.
Dari Kiri: Dato’ Jeffrey Lim bersama En. Ahmad Faez melancarkan Kawasaki Ninja 250.

“Di Kawasaki Motors Malaysia, kami telah melakukan yang terbaik untuk memperkenalkan model-model terkini demi memberikan kepuasan kepada para pelanggan kami. Pelbagai motosikal yang sedia ada menunjukkan komitmen kami yang konsisten dalam memenuhi permintaan para pelanggan. Apa sahaja cabaran yang bakal dihadapi, ia merupakan salah satu daripada keutamaan kami untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan,” kata En.Ahmad Faez Tan Sri Yahya, Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd.

Model Ninja 250 baru ini dilengkapi dengan enjin ‘parallel twin’ berkapasiti 249cc, dwi-silinder, lapan injap, DOHC, sejukkan cecair dengan transmisi 6 kelajuan. Ninja 250 ini turut menawarkan kuasa maksimum 38.5kW pada 12,500rpm dan tork maksimum 23.5Nm pada 10,000rpm, menjanjikan prestasi optimum dalam semua jenis keadaan. Enjin ini turut dilengkapi dengan klac Slipper & Assist yang menawarkan tarikan klac pada 20% lebih ringan untuk memudahkan kawalan.

Selain menawarkan kuasa enjin yang mengagumkan, Ninja 250 pasti menarik perhatian ramai pengguna menerusi reka bentuk cukup mantap. Dari bahagian hadapan jentera ini dilengkapi dengan lampu LED berganda memberikan rupa yang lebih agresif. Di bahagian panel meter mempunyai instrumen yang sama seakan Ninja 650 dengan gabungan analog untuk RPM dan digital memaparkan kesemua maklumat yang diperlukan oleh penunggang.

Model baru Kawasaki Ninja 250 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Passion Red / Metallic Flat Spark Black dan Pearl Solar Yellow / Pearl Strom Gray/ Ebony pada harga anggaran dalam lingkungan RM23,000.

Di majlis yang sama, KMSB turut memperkenalkan Kawasaki Z650 Scrambler yang muncul dengan daya tarikan baru, sistem ekzos yang telah diperkemaskini, serta warna dan corak yang cukup menarik. Z650 Scrambler ini boleh didapati di SC Premium Bikes Sdn Bhd.

Selain itu, KMSB juga turut mempertontonkan satu buah motosikal Kawasaki Z125 edisi khas yang muncul dengan dua grafik baru digelar sebagai “Anak Malaysia” dan “Iron Man”. Untuk model Kawasaki Z650 Scrambler dan Z125 edisi khas hanya akan berada di pasaran Malaysia sahaja. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5.

Warta Roda

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dilihat semakin hampir membawa masuk Yamaha YZF-R9 ke dalam pasaran Malaysia.

Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.

Model Baru

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha XSR155 akhirnya tiba ke pasaran negara yang menampilkan gaya neo-retro.