☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Oktober 2018

Malaysia Negara Pertama Melancarkan Benelli VZ125i

Tahniah buat Benelli Malaysia dengan kejayaan melancarkan skuter pertama mereka, Benelli VZ125i pada awal September lalu. Model baru ini adalah satu impian yang kini menjadi kenyataan buat para pencinta motosikal yang mahukan sebuah mesin automatik berprestasi tinggi, bergaya dan boleh dipercayai.

Para VIP melancarkan skuter pertama Benelli VZ125i.
Para VIP melancarkan skuter pertama Benelli VZ125i.

Benelli VZ125i dilengkapi dengan enjin silinder tunggal SOHC, dua injap, suntikan bahan api, 124cc yang menawarkan kuasa maksimum 8.4hp pada 7,500rpm dan tork 9.2 Nm pada 6,000rpm. Hantaran kuasa yang mantap ini telah kami rasai ketika di sesi tunggang uji. Kami dapat memanjat kawasan yang agak tinggi dengan mudah pada kelajuan maksimum (ketika mendaki) sekitar 80km/j.

“Kadar penjualan motosikal di Malaysia pada tahun 2018 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 15% berbanding tahun lalu dan kami juga menikmati peningkatan penjualan sebanyak 25.3% pada jangka yang sama. Kami berharap ia akan terus berkembang sejajar dengan pengumuman perlaksanaan cukai SST. Untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan, kami sedang merancang untuk menambah kadar pengeluaran di kilang serba baru yang akan beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan. Kilang ini nanti akan disempurnakan dengan penggunaan Advance Production System yang akan memastikan kualiti pembikinan sentiasa berada di tahap tertinggi,” kata Pengurus Besar Bahagian Jualan, En. Asri Ahmad.

Untuk kesesuaian tunggangan di pelbagai tempat, versi standard skuter Benelli ini didatangkan dengan fork hadapan jenis teleskopik dan saspensi belakang jenis berspring. Untuk model Special Edition (SE) pula, kemantapan pengendalian dikawal oleh penyerap hentak berspring dengan tangki-sub dari Kayaba. Antara ciri-ciri menarik lain yang dimiliki oleh Benelli VZ125i ini ialah suis utama anti kecurian, cangkuk topi keledar, unit mengecas USB, ruang simpanan besar, meter digital dan lampu-lampu LED yang cukup menawan.

Benelli VZ125i ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Matte Blue, Chilli Red dan Matt Black (SE). Harga untuk versi standard ialah RM5,288 manakala versi SE boleh dimiliki pada harga RM5,588. Model baru ini dijangka berada di pasaran bermula dari Disember 2018 ini. RR

Isu Pada

Oktober 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).