☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Disember 2018

Skuter Elektrik VOLTRIX DIlancarkan

Tahniah buat BKZ Motor Sdn Bhd yang selaku pemasang, pemasar dan pengedar motosikal elektrik berjenama Voltrix dengan pelancaran tiga buah model terbaru pada awal November lalu. Majlis pelancaran yang diadakan bersempena perlumbaan MotoGP Malaysia itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengasas United Maex Sdn Bhd, En. He Ying Feng.

Dari kiri: En. He Ying Feng, YB Syed Saddiq, En. Isma Yusnor dan Ms Jean Teoh melancarkan motosikal elektrik terbaru, Voltrix.
Dari kiri: En. He Ying Feng, YB Syed Saddiq, En. Isma Yusnor dan Ms Jean Teoh melancarkan motosikal elektrik terbaru, Voltrix.

Model Voltrix Hunter menggunakan bateri jenis MF Lead Acid Gel yang mempunyai kemampuan perjalanan sejauh 70 kilometer dan jangka hayat selama dua hingga tiga tahun. Enjin model ini mampu menjanakan kuasa setinggi 1800W dan tork 110Nm yang mampu mencecah kelajuan 45km/j. Voltrix Hunter dilengkapi dengan saspensi hadapan jenis teleskopik manakala kestabilan di belakang dibantu oleh penyerap hentak berkembar. Voltrix Hunter ditawarkan pada harga RM4,750.

Voltrix Milano dan Voltrix SG60 menggunakan motor elektrik dengan kuasa daripada bateri MF Lead Acid Gel yang sama tetapi dengan kadar hantaran kuasa yang berbeza. Untuk model SG60, ia menawarkan kuasa maksimum setinggi 1700W dan tork 92Nm manakala model Milano pula berkuasa maksimum 1000W dan tork 72Nm. Kedua-dua model ini mampu dipacu pada kelajuan sekitar 40km/j tetapi kadar penggunaan bateri terdapat sedikit perbezaan iaitu 60km untuk model SG60. Manakala sekali cas penuh untuk model Milano boleh membawa kita untuk perjalanan sejauh 50km.

Harga untuk Voltrik Milano ialah RM3,950 manakala Voltrix SG60 dijual pada harga RM4,950 dan kesemuanya akan mula berada di pasaran pada tahun hadapan. Skuter-skuter elektrik ini juga didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 20,000 kilometer perjalanan.

Melalui sokongan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), BKZ akan membangunkan program francais pembangunan usahawan motosikal bumiputera di bawah jenama "Bikers Pit" yang ditumpukan di kawasan luar bandar khususnya kawasan-kawasan Felda. Terdapat tiga pakej yang ditawarkan untuk program ini iaitu Pakej Oren yang bermula dari RM25,000 dengan tiga buah motosikal diberikan untuk pameran serta ruang pameran di kompleks membeli belah.

Pakej Biru merangkumi modal permulaan sebanyak RM50,000 dengan ruang pameran disediakan beserta lima buah motosikal untuk pameran, alat ganti, trak pusat servis dan deposit untuk trak. Manakala Pakej Perak merangkumi modal permulaan RM250,000, 20 buah motosikal, model bilik pameran, trak pusat servis, spa motosikal, perkhidmatan tunda serta bayaran permulaan untuk trak.

Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin bergaya di atas Voltrix SG60.
Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin bergaya di atas Voltrix SG60.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BKZ Motor Sdn Bhd., Isma Yusnor, program yang dibangunkan bersama PNS adalah untuk membentuk peniaga bumiputera berkecimpung di dalam perniagaan motosikal. Pihaknya juga merancang untuk membuka dan memberi lebih banyak peluang kepada peneroka Felda bagi menjalankan perniagaan ini. RR

Isu Pada

Disember 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).