☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2017

SM Sport 110R : Jentera Mampu Milik

Dato' Seri Leo Tan Lean Heah (berjaket hijau) bersama para VIP melancarkan model baru SM Sport 110R.

Mforce Bike Holdings dengan bangganya memperkenalkan jenama motosikal pertama mereka yang bernama SM Sport 110R. Ia merupakan sebuah jentera hasil kerjasama bijak di antara Mforce Bike Holdings dengan syarikat Qian Jiang Motorcycle (pemilik jenama Benelli) melalui pemindahan teknologi terutamanya pada bahagian enjin.

Untuk permulaan, sebanyak 30% alat ganti dan aksesori yang dilengkapkan pada model SM Sport 110R ini menggunakan bahan tempatan dan menurut Pengurus Operasi Besar Mforce Bike Holdings, En. Asri Ahmad, penggunaan alat ganti buatan Malaysia akan ditingkatkan kepada 60% pada masa akan datang. Ini membuktikan Mforce Bike Holdings merupakan sebuah syarikat yang cukup prihatin terhadap perkembangan industri dan pertumbuhan ekonomi negara.

SM Sport 110R dikuasakan oleh enjin 109cc SOHC dengan sistem penyejuk jenis udara yang mempunyai kuasa maksimum 4.8kW pada 7,500rpm dan 7.0Nm pada 7,000rpm. Enjin serba baru ini menepati piawaian standard perlepasan Euro 3 yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Model ini pasti menarik perhatian para peminat motosikal dengan adanya beberapa ciri-ciri istimewa seperti Day Time Running Light (DRL), lampu isyarat LED, sistem saspensi KYB, ruang simpanan besar (10L), suis anti kecurian, tayar tanpa tiub dan Pot USB 5V. Sistem Suis Penjimatan Bahan Api yang dilengkapkan pada model SM Sport 110R ini pula menawarkan kadar penjimatan kira-kira 10% manakala untuk penyelenggaraan yang lebih menjimatkan, SM Sport 110R tidak mempunyai penapis minyak.

SM Sport 110R dijual pada harga RM3,788 (tidak termasuk GST) dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Berminat? Terdapat tiga warna menarik yang boleh dipilih iaitu Kuning Bumblebee, Biru Ocean dan Merah Ruby. RR

Isu Pada

September 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.