☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Februari 2019

Jenama TVS Kini Di Malaysia

Pengeluar motosikal ketiga terbesar di India, TVS Motor Company dengan kerjasama Daju Motors Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar rasminya di Malaysia telah melancarkan dua buah model terbaru iaitu TVS Apache RTR 200 4V Race dan TVS Neo X3i pada pertengahan Disember lalu. Kehadiran model ini pastinya memberi lebih banyak pilihan buat pengguna motosikal khususnya dalam segmen jentera jalanan (street) dan moped.


TVS Apache RTR 200 4V merupakan sebuah mesin jalanan yang berkapasiti 197.75cc yang menawarkan kuasa maksimum 15.46kW pada 8,500rpm dan tork 18.0Nm pada 7,300rpm. Rekabentuknya cukup mantap dengan barisan lampu LED depan dan belakang berserta DRL, panel meter digital dan rekacorak grafik perlumbaan.

Dengan penggunaan kerangka jenis Double-Cradle Split SynchroSTIFF yang dikawal oleh sistem saspensi jenis teleskopik (depan) dan penyerap hentak mono jenis KYB di belakang, Apache RTR 200 4V ini memiliki ketangkasan dan kelincahan untuk semua jenis tunggangan. Apache RTR 200 4V turut dilengkapkan dengan sistem A-RT Slipper Clutch dan tayar-tayar Pirelli Angel City bersaiz 90/90-17 49P (depan) dan 130/70—18 62P (belakang).


Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh model baru ini ialah tangki bersaiz 12 liter, sistem ekzos double-barrel ala perlumbaan, panel meter digital, sistem brek depan/belakang jenis cakera dan sistem ABS. TVS telah menyempurnakan model ini dalam lima pilihan warna seperti hitam, merah, putih, kelabu, hitam matte dan ditawarkan pada harga RM10,950.

Dengan cogankata 'Perfect Power and Mileage, TVS melancarkan model moped Neo X3i dengan enjin empat lejang, SOHC, sistem penyejuk udara yang bersesaran 109.7cc dan menepati piawaian Euro3. Model ini menjana kuasa setinggi 8.5hp pada 7,500rpm dan tork 8.5Nm pada 4,500rpm.  


Antara kelebihan yang ditawarkan oleh model ini ialah iCharge yang membolehkan kita mengecas telefon pintar, iEcono Technology yang dicipta khusus untuk penjimatan bahan api. Model ini pula didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu Biru/Hitam, Merah/ Hitam, Jingga/Hitam dan Hijau/Hitam. Harganya dianggarkan sekitar RM4,000 dan dijangkakan akan memasuki pasaran negara pada awal suku pertama tahun hadapan.

Kami sempat menunggang uji model TVS Apache RTR 200 4V untuk jarak kira-kira empat kilometer. Dari sesi yang cukup singkat itu, kami rasakan kualiti pembuatan cukup berkualiti, kuasa hantaran juga tidak mengecewakan, terdapat lampu penukaran gear (berkelip pada 7,000rpm), posisi menunggang yang selesa, sistem klac dan transmisi cukup lembut. Apa yang boleh diperbaiki ialah pada sistem brek hadapannya yang tidak begitu mencengkam berbanding kecekapan brek belakang model ini. RR

Isu Pada

Februari 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).