☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2017

Ducati SuperSport & SuperSport S Baru

Sempena perlumbaan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2017 yang berlangsung di SIC pada akhir bulan Oktober lalu, Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jentera Ducati di Malaysia telah melancarkan model terbaru Ducati SuperSport dan SuperSport S. Jentera baru ini dihasilkan buat mereka yang inginkan sebuah mesin gaya sport yang seronok, lincah dan boleh ditunggang seharian di jalan-jalan biasa.

Dari kiri: Sdr Yong L, En. Fazli Hisham (Timbalan Presiden Next Bike Sdn Bhd), En. David Lim (Ketua Bahagian Pemasaran Next Bike Sdn Bhd) dan Sdr ‘Whyzul’ memperkenalkan model terbaru Ducati SuperSport dan SuperSport S.

Ducati SuperSport ini didatangkan dengan enjin silinder kembar Testastretta bersesaran 937cc yang menawarkan kuasa maksimum 113hp pada 9,000rpm dan tork 96.7Nm pada 6,500rpm. Untuk memberikan kepuasan dan keyakinan para pemiliknya, model baru ini turut dilengkapi dengan Pek Keselamatan Ducati (ABS Bosch + Ducati Traction Control) dan tiga jenis mod tunggangan (Sport, Touring dan Urban).

SUPERSPORT S
SUPERSPORT S


Kerangkanya jenis Trellis cukup tegar manakala kestabilannya di semua jenis permukaan datangnya dari sistem saspensi hadapan dan belakang yang mantap. Ducati SuperSport ini juga disempurnakan dengan tayar-tayar Pirelli Diablo Rosso III yang telah terbukti berkualiti tinggi.


Model 'S pula memiliki spesifikasi yang lebih mengagumkan seperti Ducati Quick Shifter up/down, fork hadapan jenis Ohlins TIN-treated, penyerap hentak Ohlins. Model SuperSport ditawarkan pada harga RM80,899 (termasuk GST) dan didatangkan dengan warna cukup menarik iaitu Ducati Red manakala model 'S' pula menawarkan dua warna pilihan iaitu Star White Silk dan Ducati Red pada harga RM88,899 (termasuk GST).

SUPERSPORT
SUPERSPORT


Ducati Malaysia juga sedang merancang untuk mengadakan kolaborasi bersama pihak JPJ, Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM) dan lain-lain untuk menganjurkan pengembaraan motosikal dan program lain bagi memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pilihan buat para penunggang motosikal tempatan, Singapura dan negara-negara lain di Asia Tenggara. RR

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.