Boon Siew Honda menambah koleksi jenteranya dengan melancarkan model terbaru Wave Dash FI yang kini dilengkapi dengan teknologi Programmed Fuel Injection (PGM-FI) yang menawarkan kelancaran dan ketepatan pendikit disamping penjimatan bahan api yang optimum.
Model KTM 1050 Adventure CBU telah diperkenalkan pada Oktober tahun lalu dengan menawarkan rekabentuk yang menawan dan prestasi enjin berkeupayaan tinggi. Model yang dilancarkan ketika itu ditawarkan pada harga asas RM77,888 dan kumpulan pertama yang sebanyak 30 unit jentera ini telah pun berjaya dijual.