Dengan cogankata 'True Commitment’, Kawasaki bersedia untuk melahirkan jentera-jentera terkini yang direka dengan penuh tanggungjawab, komitmen dan kecintaan mereka pada dunia motosikal. Itu yang kelihatan di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA pada awal November lalu.
Pengedar rasmi jentera Aprilia di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd dengan bangganya melancarkan dua model terbaru iaitu Aprilia RSV4 RF dan Tuono 1100 V4 Factory pada akhir Oktober lalu. Majlis pelancaran kedua-dua model ini telah disempurnakan oleh En. Farouk Faisal, COO Naza Premira ditemani oleh pelumba pasukan Aprilia Racing Team Gresini, Sam Lowes.
Untuk terus berdaya saing di dalam pasaran motosikal yang kini ternyata semakin kompetitif, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan empat model terbaru yang terdiri daripada sebuah jentera Benelli dan tiga buah motosikal jenama Keeway. Majlis pengenalan untuk keempat-empat model mantap ini telah diadakan pada 17 Oktober lalu yang disempurnakan oleh Pengurus Besar (Operasi) Mforce Bike, En. Asri Ahmad dan Ketua Eksekutif Jualan Benelli, En. Dante Bustos.
Triumph Motorcycles telah memperkenalkan empat model terbaru yang terdiri daripada Tiger 800 XC, Tiger 800 XR, Tiger 1200 XC dan Tiger 1200 XR. Keempat-empat model ini dipertontonkan di Pameran Antarabangsa EICMA, Milan pada awal November lalu.
Sempena perlumbaan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2017 yang berlangsung di SIC pada akhir bulan Oktober lalu, Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jentera Ducati di Malaysia telah melancarkan model terbaru Ducati SuperSport dan SuperSport S. Jentera baru ini dihasilkan buat mereka yang inginkan sebuah mesin gaya sport yang seronok, lincah dan boleh ditunggang seharian di jalan-jalan biasa
Bagi warga Thailand dan para pengguna motosikal di Kelantan, Perlis dan Kedah, GPX Racing bukanlah jenama motosikal yang baru. GPX Racing telah pun berada di pasaran Thailand hampir 10 tahun yang lalu dan merupakan pengeluar motosikal tempatan yang terkenal di tanahairnya. Bermula dengan mesin ATV, pengasasnya, Chaiyos Ruamjaipattanakul mempunyai visi yang cukup jelas dalam memperkenalkan produk-produk GPX Racing yang kini terdiri daripada pelbagai model seperti mini bike, motocross dan model jalanan.