Dalam pasaran negara, model Honda EX5 tidak perlu diperkenalkan lagi. Jentera yang juga digelar 'Raja Kapcai' ini merupakan model pilihan bagi para penunggang motosikal semua jenis golongan tidak kira umur, pangkat, jantina dan jenis pekerjaan. Terbaru, Boon Siew Honda Sdn Bhd selaku pengeluar dan pengedar motosikal Honda telah memperkenalkan EX5 Dream FI yang menawarkan enjin berteknologi baru yang dihasilkan untuk peningkatan hantaran kuasa di samping penjimatan bahan api yang optimum.