Isu Terkini

Oktober 2024

Personaliti / 9 November 2020

Nasha Edziera Penyeri Litar Cub Prix

Sukan lasak atau ekstrim kini turut digemari dan diceburi kaum hawa. Ramai wanita kini sudah mampu untuk memberi saingan dalam pelbagai lapangan tidak kira  dalam kerjaya mahu pun acara sukan. Dia.... adalah salah seorang daripadanya. Seorang wanita yang sentiasa menjaga perwatakan lemah lembut tetapi cukup garang apabila berada di atas jenteranya.

Nasha Edziera adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi buat mereka yang berada di dalam perlumbaan cub prix. Dia merupakan antara pelumba wanita terawal yang berjaya memberi cabaran kepada para pelumba lelaki seterusnya membuka mata banyak pihak mengenai kemampuan dan kebolehan seorang penunggang wanita.

Berasal dari Negeri Sembilan, Nasha 21 tahun merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik dan selainnya, salah seorang daripada adiknya iaitu Nazirul Izzat juga turut menyintai sukan ini dan merupakan salah seorang pelumba berbakat dalam kategori CP130.

“Asalnya saya sekadar menjadi peneman Nazirul yang begitu minat dalam sukan motor tetapi selepas beberapa lama, saya pula dah jatuh cinta pada perlumbaan. Saya mula berlumba dalam cub prix pada tahun 2009 bersama pasukan Cilik Motorsport dan sememangnya perlumbaan cub prix sangat menyeronokkan.”

Tahun 2010, Nasha meneruskan minatnya bersama pasukan Caviaga Racing Team (Wira) dan pada 2011, Nasha berlumba sebagai pelumba persendirian juga dalam kelas Wira sebelum tunggangannya mendapat kepercayaan pasukan Unisel Racing Team untuk bersama mereka pada tahun 2012. Pada tahun 2013, Nasha telah berjaya ‘melompat’ ke kategori lebih tinggi iaitu CP115 untuk dua pusingan sebelum berpindah ke kelas persendirian.

Tahun 2014, dia mengembangkan bakatnya dalam kategori persendirian manakala kembali ke CP115 pada tahun 2015 bersama pasukan Mosra Yamaha tetapi hanya untuk tiga pusingan sebelum bersaing di dalam kategori Pro-Am Cup hingga kini.

Paling menggembirakan apabila hasratnya untuk berlumba mendapat sokongan daripada seluruh ahli keluarga dan inilah yang membakar semangat Nasha untuk membuktikan kemampuan seorang pelumba wanita. Nasha sentiasa berusaha untuk terus maju dan mampu menyaingi para pelumba lelaki. Dia amat bertuah kerana para pelumba tidak kira yang muda atau 'senior' seringkali berkongsi tips dan panduan untuk menunggang dengan sebaik-baiknya.

“Walaupun menyokong penuh, ayah saya selalu nasihatkan bahawa kemenangan itu adalah rezeki tetapi keselamatan diri paling utama.”

Apabila mula bertukar-tukar pasukan, Nasha memiliki lebih ramai kenalan dan rakan sepasukan.

Ini memberikannya peluang untuk mendapatkan panduan dan tunjuk ajar berlumba dengan lebih baik. Bercerita mengenai pelumba kesukaannya, Nasha amat mengagumi dua orang pelumba iaitu Hafizh Syahrin dan pelumba wanita dalam Moto3, Maria Herrera.

Saya dapati rakan-rakan di sini memang bestlah. Pelumba berpengalaman macam Norizman Ismail memang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar. Dia selalu nasihatkan saya untuk tidak menyerah kalah atau patah semangat.”

Untuk terus berdaya saing di dalam perlumbaan yang sengit ini, Nasha sentiasa menjaga pemakanan, stamina dan tahap kecekapan tunggangan. “Saya akan membahagikan masa dengan baik untuk mengekalkan kecergasan dan tahap tunggangan. Antara aktiviti yang saya lakukan ialah berlari, latih tubi di gimnasium dan 'bermain' motocross.”

Kenangan indah memenangi tempat kedua dalam perlumbaan akhir Pro-Am di Kelantan.
Kenangan indah memenangi tempat kedua dalam perlumbaan akhir Pro-Am di Kelantan.

Siapa kata racer tak boleh cantik dan bergaya. Nasha juga merupakan seorang pengusaha butik dan ini adalah satu usaha yang cukup baik memandangkan dia juga seorang wanita yang cukup meminati kecantikan dan fesyen. Perniagaan tudung yang Nasha usahakan semakin diminati dan mendapat permintaan yang memberangsangkan. Nasha juga akan memperkenalkan baju-t rekaannya sendiri di masa akan datang.

“Kenangan paling indah buat saya ialah ketika berjaya meraih tempat kedua pada perlumbaan pusingan keempat yang berlangsung di Kelantan. Memang tak dapat digambarkan betapa bangganya saya ketika berada di atas podium. Tapi paling kelakar ialah apabila mendengar para penonton mengusik apabila nama saya diumumkan... “Oooo.. oghe tino ruponyo, ingak ke jate! (Orang perempuan rupanya, ingatkan lelaki!)”

Kalau bercerita mengenai pengalaman pahitnya, Nasha pernah terbabas di laluan lurus litar SIC pada tahun 2010. Insiden itu mengakibatkan Nasha melambung sebelum terbaring di tengah-tengah jalan. “Apabila bangun, saya dapat mendengar dan melihat motor-motor lain melepasi saya dengan begitu laju. Takut tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berlumba.”

“Saya cukup idamkan untuk berlumba di peringkat yang lebih tinggi seperti di peringkat Asia. Walaupun sukar, saya akan terus berusaha kerana ia adalah satu kejayaan jika berjaya dilakukan. Saya pernah menjalani pemilihan untuk bersaing dalam perlumbaan Asian Cup Talent tetapi sayangnya saya tidak sepantas para pelumba lelaki. Itulah yang sentiasa menjadi sasaran saya iaitu untuk berlumba di peringkat yang lebih tinggi.”

Sebagai seorang pencinta dunia perlumbaan motosikal, Nasha turut mempunyai impian untuk memiliki sebuah pasukan lumba di bawah namanya sendiri yang mampu mengasah bakat untuk para pelumba wanita yang berminat. Kita doakan selamat maju jaya buat Nasha! RR

Isu Pada

September 2016

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR yang menawarkan penampilan lebih segar .

Warta Roda

CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor Dirasmikan

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus memperkukuhkan rangkaian pengedarnya menerusi perasmian CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Honda CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch

Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk model CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch.

Dari Litar

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Dengan kemenanhan di tempat ketujuh melonjakkan lagi kedudukan Hakim Danish di tangga keenam secara keseluruhan.