Isu Terkini

Februari 2024

Warta Produk / 10 Jun 2016

Shell Advance Ultra 4T Sintetik Penuh Memberi Keyakinan Menunggang Jauh

Baru-baru ini, Shell telah memperkenalkan minyak enjin motosikal Shell Advance Ultra 4T Fully Synthetic ke dalam pasaran tempatan. Menurut Shell, minyak enjin ini menawarkan perlindungan dan prestasi mutlak kepada semua motosikal moden, tidak mengira saiz enjin. Dakwanya lagi, Shell Advance Ultra 4T ini memberikan kawalan terbaik dengan penukaran gear yang licik, serta penunggangan yang lebih seronok disebabkan pengurangan kebisingan dan getaran. Teknologi sintetik penuh minyak ini juga dikatakan boleh menambah jangka hayat enjin anda.

Untuk membuktikan yang mereka tidak membuat dakwaan kosong, Shell telah menjemput sekumpulan wartawan pemotoran untuk mencuba minyak enjin ini dengan menggunakan motosikal kami sendiri. Ini merupakan tawaran yang tidak patut ditolak, maka saya pun bersetuju.

Begitulah jadinya pada satu petang yang amat panas, saya menunggang Triumph Scrambler 2015 saya ke pusat servis yang ditauliahkan Shell untuk membuat penukaran minyak enjin kepada Shell Advance Ultra 4T sintetik penuh dengan gred kelikatan 15W-50.

Enjin motosikal itu telah dikosongkan, dan kemudiannya diisi dengan minyak enjin Shell Advance Ultra 4T. Enjin motosikal dimulakan dan dibiarkan sehingga panas, kemudian minyak enjin dikosongkan semula. Proses ini dilakukan sebanyak dua kali, untuk memastikan kesan minyak enjin yang lama telah dikeluarkan sebaik boleh.

Selepas itu, penapis minyak baru diletakkan dan enjin Scrambler itu diisi dengan Shell Advance Ultra 4T sebanyak 3.8 liter, iaitu tahap pengisian yang ditentukan untuk jentera ini. Motosikal saya itu kemudiannya dikembalikan kepada saya.

Semenjak daripada penukaran minyak itu, saya telah menunggang Scrambler saya sejauh lebih daripada 1,500km. Saya telah melalui keadaan cuaca nyaman dan panas terik. Hujan renyai dan ribut kuat. Saya menerjah jalanraya yang elok seeloknya, dan yang penuh dengan lubang. Saya menunggang ke sebuah bukit melalui Gombak, dan menurun di sebelah belakangnya hingga keluar di Hulu Yam. Saya mengejar anjing-anjing liar di kawasan perumahan saya, termasuk di kawasan-kawasan semak dan off-road (tapi sikit sahaja kerana saya sebenarnya kurang keyakinan menaiki motosikal seberat ini di luar jalanraya).

Saya telah menunggang motosikal ini sejauh 80km pergi-balik ke tempat pekerjaan saya selama tiga minggu. Di waktu kesesakan lalu lintas dan di masa trafik agak reda.

Saya juga telah menggunakan kesemua gear yang ada (semestinya), dan keseluruhan lingkungan RPM hingga ke garis merah. Kesemua ini saya lakukan untuk menguji daya ketahanan dan prestasi minyak enjin Shell ini.

Selama dua minggu saya berulang-alik ke tempat pekerjaan menunggang motosikal ini, negara kita dilanda cuaca panas luarbiasa ketika itu. Ini satu situasi yang menarik perhatian dari segi pengujian kerana Triumph Scrambler merupakan sebuah motosikal yang suhu enjinnya didinginkan dengan angin, dan bukannya cecair. Oleh itu, terutama sekali apabila di dalam keadaan lalu lintas yang sesak, suhu enjin akan berada di tahap yang lebih panas daripada biasa untuk masa yang lebih lama.

Minyak enjin yang berkualiti rendah akan hilang tahap kelikatannya dan molekulnya akan berpecah di dalam situasi yang luar biasa sebegitu. Akibatnya, prestasi enjin itu sendiri akan menurun dan tahap kebisingan dan getarannya juga akan menaik.

Tetapi, Shell Advance Ultra Fully Synthetic ini telah berjaya mengatasi ujian ini dengan senangnya. Tentunya, saya tidak mempunyai apa-apa rungutan tentang keupayaan minyak enjin ini di dalam keadaan cuaca yang panas terik. Malah, saya tidak mempunyai apa-apa rungutan langsung dari mana-mana aspek pun tentang minyak enjin ini.

Saya tidak mempunyai makmal ujian yang lengkap… okay, saya tidak mempunyai makmal langsung, untuk memberikan keputusan ujian yang terperinci tentang minyak ini. Begitu juga, saya tidak boleh membuat apa-apa perbandingan di antara minyak enjin ini dengan minyak enjin yang lain.

Akan tetapi, saya boleh berkata dengan keyakinan yang sepenuhnya bahawa minyak enjin motosikal Shell Advance Ultra 4T ini berkemampuan melincirkan sebuah jentera 865cc di dalam keseluruhan lingkungan prestasinya, dan di dalam apa jua cuaca serta keadaan lalu lintas. Apa lagi yang lebih penting daripada itu?

Peraduan

Seperti yang telah diumumkan pada keluaran RR bulan lepas, Shell sedang mengadakan Peraduan Shell Advance Power On 2016. Tujuan peraduan ini, antara lainnya ialah menggalakkan pembaca untuk mencuba minyak-minyak enjin keluaran Shell, kerana Shell yakin bahawa setelah anda mencuba minyak enjin mereka, anda akan suka dan terus menggunakannya.

Dari itu, dengan setiap pembelian pek 1 liter Shell Advance Ultra sintetik penuh atau dua pek 1-liter Shell Advance VSX, AX5, AX5 Scooter atau AX7 dari kedai yang turut serta dari 1 April hingga 30 Jun, 2016, anda akan diberikan satu set pelekat.

Tampalkan pelekat-pelekat yang diberikan itu kepada motosikal anda, dengan cara paling artistik yang anda mampu. Apabila berpuas hati dengan karya agung anda itu, ambil gambar dan tuliskan keterangannya. Seterusnya, muat naik gambar anda bersama keterangan ke Facebook, Twitter dan/atau Instagram dengan hashtag #PowerOnShellAdvance.

Hadiah Utama merupakan lawatan ke Jepun dengan semua perbelanjaan ditanggung akan diberikan kepada dua orang pemenang. Lawatan ini akan diadakan pada bulan Oktober.

Pemenang juga akan berpeluang menyaksikan barisan penunggang Malaysia beraksi dalam pusingan kelima kejohanan perlumbaan motosikal Piala Bakat Asia Shell Advance musim ini di litar lumba Twin Ring Motegi, Jepun yang termasyhur.

Shell Advance juga bekerjasama dengan jenama aksesori motosikal terkenal, GIVI, untuk menawarkan pilihan barangan edisi terhad yang menarik sebagai Hadiah Sagu Hati. Hadiah-hadiah ini adalah 10 kotak Monolock, 20 unit topi keledar dengan muka bertutup penuh, 30 unit baju hujan dan 50 unit beg sandang belakang.

Oleh itu, mungkin anda patut mencuba minyak enjin motosikal Shell Advance Ultra ini. Anda akan mendapat minyak berprestasi tinggi, motosikal anda akan menjadi lebih cantik (harap-harapnya) … dan anda mungkin mendapat melawat negara Jepun dengan percuma! RR

Oleh: Dr Yusseri

Isu Pada

Jun 2016

Popular

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Artikel berkaitan

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Kamera Aksi Insta360 Ace Pro dan Insta360 Ace Dilancarkan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Blueshark, anak syarikat perintis Sharkgulf Technologies Group dan pengeluar skuter elektrik pintar di dunia iaitu Blueshark R1, mengumumkan pengembangan rangkaian pengedarnya di seluruh Malaysia.

Warta Roda

'We Ride As One' 2024: Ducati Menggegar Bandar!

Tahun 2024 merupakan penganjuran acara 'We Ride As One' untuk kali ketiga yang dikhususkan untuk para pemilik Ducati.

Dari Litar

Akid Raih Kemenangan Kedua Musim Ini

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Md Akid Aziz meraih tempat pertama di litar Tangkak.

Dari Litar

Danial Syahmi dan Hakim Danish Sedia Memberi Cabaran!

Para pelumba dan setiap krew pasukan kini bersiap sedia untuk memulakan aksi penuh mendebarkan di pusingan pertama Kejuaraan Dunia FIM JuniorGPyang akan membuka tirainya di Litar Antarabangsa Misano Marco Simoncelli dari 18 hingga 21 April ini.