☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 4 Jun 2025

Pelincir Terbaik Untuk Enjin Motosikal Anda: CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50

Sudah pasti setiap pemilik motosikal inginkan jentera masing-masing agar sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. Produk yang mampu melindungi enjin khususnya sudah tentu membolehkan seseorang penunggang itu berjimat malah dapat menikmati perjalanan tanpa rasa takut akan berlakunya sebarang masalah.

Menyedari kehendak para pengguna, pengeluar pelincir ternama iaitu CASTROL telah memperkenalkan pelincir serba baru yang menawarkan perlindungan optimum khusus untuk enjin motosikal.

Perkenalkan CASTROL. POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50, produk terkini yang mengandungi Formulasi Racing Ester, Pelincir Sintetik Penuh Termaju dengan Formula Racing Ester 5 dalam 1, lengkap dengan Spesifikasi JASO MA/MA2.

Dengan menggunakan Formula 5 dalam 1, Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 10W-50 akan memastikan jentera anda:

  1. Pecutan Cemerlang
  2. Perlindungan Terbaik
  3. Prestasi Berkekalan
  4. Tunggangan Lancar
  5. Enjin Yang Sentiasa Sejuk

Formula Racing Ester menjadikan Pelincir CASTROL. di tahap terbaik - Apakah itu Ester?

Dari segi konteks minyak enjin, ester digunakan sebagai bahan asas atau aditif untuk meningkatkan prestasi pelinciran. Sifat kimia ester yang unik, seperti keupayaannya untuk melekat pada permukaan logam dan pada masa yang sama mampu bertahan dalam suhu ekstrem.

Ester akan berinteraksi dengan permukaan logam untuk mengurangkan geseran dan tahap kehausan, jesteru ia akan memberikan perlindungan yang sangat baik. Dengan sifat itu, bahan ini menjadikannya pilihan ideal dalam formulasi minyak enjin.

Formula CASTROL. POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 baharu menampilkan ester yang digunakan oleh pasukan perlumbaan CASTROL.

Dengan minyak pelincir ini, ia telah memberikan kadar pecutan yang cemerlang. Ini dibuktikan melalui ujian pecutan ke tahap maksimum selama 30 saat.

Pada masa yang sama, jarak perjalanan yang dapat dihasilkan juga mengagumkan. Ini menunjukkan motosikal yang menggunakan minyak pelincir CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 meraih tambahan jarak 8 meter di hadapan jenama saingan utama.

Perlindungan Cemerlang – CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 menawarkan lebih 50% pengurangan haus dan geseran berbanding minyak pelincir standard.

Prestasi Berkekalan - Membantu enjin mengekalkan kelikatan asal dan memastikan enjin terus bersih untuk jangka masa yang lebih lama.

Tunggangan Yang Lancar: Pelincir baru ini mencapai piawaian JASO MA2. Ia adalah yang merupakan penarafan prestasi geseran klac yang tertinggi.

Dengan CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50, perjalanan akan lebih terjamin dan sudah pasti lebih lancar dengan adanya 'kuasa istimewa' yang mengekalkan kadar geseran di tahap terbaik seterusnya mengelakkan berlakunya gelinciran klac.

Walaupun selepas 3,000km, CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 terus mengekalkan tahap penarafan MA2. Ya....ini amat penting bagi memastikan tunggangan lebih menyeronokan walau ke mana sahaja destinasi yang ditujui.

Untuk memastikan kualiti CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 ini, pelincir baru ini telah dimasukkan ke dalam enjin jentera bersesaran 300cc dan 1000cc. Hasilnya memang cemerlang! Suhu CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 kekal stabil sepanjang ujian. Memang power!

Untuk mendapat kepercayaan para pengguna dua roda, pihak CASTROL telah menyediakan CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 kepada 10 penunggang motosikal.

Minyak pelincir ini diuji dalam perjalanan yang mencapai jarak 2,000km. Keputusan yang diraih selepas ujian dilakukan mendapati.

  • Penggunaan sistem klac kini lebih licin dan mudah
  • Penukaran gear lebih lancar dan pergerakan gear juga jauh lebih baik
  • Enjin terbukti lebih senyap khususnya untuk pergerakan sistem transmisi
  • Penunggang melakukan pecutan dan hasilnya, 85 daripada 100 ujian tersebut mendapati prestasi hantaran kuasa enjin kini telah berjaya dipertingkatkan dengan cukup ketara.
  • Paling membanggakan, semua penunggang yang telah menikmati CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 mengesyorkannya.

Sebagai pengguna motosikal yang akan menempuhi pelbagai jenis perjalanan tidak kira dekat mahupun jauh. Perlindungan enjin adalah yang utama, ia ibarat jantung sesebuah motosikal yang sentiasa perlu dijaga dengan sangat teliti.

Hadirnya CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 pastinya berita terbaik buat para pengguna motosikal. Pelincir ini jawapan buat para penunggang yang mahukan perlindungan optimum enjin motosikal anda. Pastinya kita semua ingin menikmati ribuan kilometer dengan selesa, lancar dan gembira...jawapannya ada pada CASTROL.

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, CASTROL POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 memastikan jentera anda mampu memecut dengan pantas, memberi perlindungan maksimum, berdaya tahan, mengekalkan suhu enjin dalam keadaan sejuk serta menjanjikan keselesan dan kelancaran sepanjang perjalanan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).