Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 5 Ogos 2025

Sistem Komunikasi Asmax Z1 Plus: Ceria dan Mudahkan Perjalanan Anda

Dalam dunia penunggang motosikal, komunikasi adalah kunci – terutamanya bila konvoi beramai-ramai. Ada beberapa jenama yang popular tetapi harganya cukup tinggi.

Kini, Asmax Interkom muncul ke pasaran negara pada harga yang mampu milik dan makin ramai rider sudah mula buka mata dengan jenama ini.

Asmax Interkom mungkin nampak kecil, tapi segala fungsi yang ditawarkan akan membuatkan anda tersenyum puas. Pertama sekali, kualiti suara dia jelas walaupun ketika kita memecut jentera dalam kelajuan tinggi di atas highway. Tak perlu lagi kita nak terjerit-jerit dalam helmet macam zaman purba. Nak borak pasal next stop, traffic depan, atau sekadar nyanyi lagu dalam ride pun boleh.

Kami diberi peluang untuk merasakan kualiti Asmax Z1 PLUS dan selepas tiga minggu menggunakannya. Alat ini kami pasangkan pada topi keledar terbaru dari GIVI iaitu M37.0 Grande dan jujurnya, ia diluar jangkaan. Padu beb! Z1 PLUS merupakan produk interkom motosikal pintar yang menawarkan sistem Bluetooth Mesh, membolehkan kita berhubung sehingga 10 penunggang motosikal dalam satu masa.

Apa yang cukup menyenangkan, kaedah pemasangan dan sambungannya mudah. Baca sahaja panduan yang disediakan. Model ini dilengkapi dengan Bluetooth 5.3 Dual-Chip dengan sistem kawalan suara 'Hi Max' yang membolehkan kita menjawab panggilan, mencari navigasi tanpa perlu menyentuh sebarang butang.

Bagi sekumpulan 'rider' yang berkonvoi, sudah tentu sistem komunikasi Mesh ini sangat penting khususnya bagi mengelakkan berlaku pepecahan ahli konvoi (tersalah simpang atau lorong), pemerhatian kesihatan atau keadaan rakan-rakan konvoi (kalau ada yang mengantuk, rakan lain boleh membantu) dan jika berlakunya isu kecemasan.

Pada masa yang sama, audio multitasking yang terdapat pada produk Asmax ini membolehkan kita mendengar muzik, GPS dan menerima/membuat panggilan. Dari segi pembuatannya, produk Asmax solid dan premium. Lampu-lampu LEDnya juga boleh dipilih mengikut minat masing-masing. Berbaloi untuk dimiliki.

Dengan adanya 'CloudTalk', interkom Asmax ini boleh juga disambungkan dengan alat hubungan dari jenama yang lain, jarak rangkaian tanpa batas sehingga 50 orang penunggang. Model 'entry level' seperti S2 juga boleh disambungkan menggunakan 'CloudTalk' dan ia adalah ciri terbaru yang ditawarkan oleh ASMAXWORLD APP.

Bateri pun tahan lama – lebih 8 jam penggunaan aktif. Sesuai untuk ride jauh contohnya dari Kuala Lumpur ke Terengganu tanpa risau Asmax ini akan hilang kuasa di tengah jalan. Pairing Bluetooth juga senang, boleh connect ke telefon atau interkom lain dalam masa beberapa saat je. Untuk digunakan dalam kumpulan kecil, atau suami isteri naik dua orang – dah cukup sangat!

Yang paling best, harganya jauh lebih murah dari interkom jenama besar.

Jadi, untuk rider yang nak nikmati ride sambil berborak santai, Asmax Interkom memang pilihan bijak. Kalau anda baru nak mula guna interkom, atau nak interkom kedua untuk pillion, Asmax Interkom boleh dijadikan pilihan. Murah, senang guna, dan paling penting – buat ride anda lebih seronok dan connected!

Untuk model Z1 PLUS yang kami uji ini, harganya ialah RM699 dan terdapat beberapa model lain yanf boleh anda pilih mengikut kesesuaian masing-masing. Terdapat beberapa lagi model Asmax antaranya ialah Asmax F1 Pro (RM899), Asmax F1 Plus (RM799) dan Asmax S2 (RM399).

Asmax Malaysia beroperasi di No.3 Jalan Sentul Manis, 51000 Kuala Lumpur. Layari Facebook Asmax Malaysia untuk dapatkan info yang lebih terkini. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.

Warta Roda

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

MODENAS melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Selain varian standard, HLYM turut lancar model edisi terhad bagi Yamaha Y16ZR-R.