☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Julai 2020

Penghargaan Buat Barisan Hadapan

Seperti yang kita tahu, penularan wabak COVID-19 yang mengancam dunia harus diperangi oleh semua pihak dan sudah pasti tugas yang lebih mencabar digalas oleh para 'Barisan Hadapan'. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan khususnya dari Fasa 1 hingga Fasa 4, hampir seluruh warga negara diperintahkan untuk berada di rumah dan adalah dilarang sama sekali keluar melainkan atas urusan yang penting.

Dalam tempoh yang sukar itu, perkhidmatan penghantar makanan dan barangan cukup penting dan amat diperlukan. Dengan adanya 'hero dan heroin' kita yang bertugas tanpa mengenal masa, setiap pesanan makanan atau barangan akan sampai ke tangan kita dengan selamat. Para petugas ini turut terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko demi memberi kepuasan kepada pelanggan dan pada masa yang sama meraih pendapatan buat diri serta keluarga.

Mereka yang bertugas sebagai Grabrider atau Pandarider ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti pegawai bank, eksekutif pemasaran, jurutera, kontraktor, pesara kerajaan dan banyak lagi. Keadaan ekonomi yang meruncing menyebabkan ramai di antara para pekerja telah kehilangan jawatan masing-masing. Memandangkan permintaan sebagai penghantar makanan semakin meningkat, peluang ini diambil oleh mereka yang tidak berjawatan tetap sebagai karier terbaru.

Untuk memberi penghargaan buat mereka, RR dengan tulus ikhlas telah memberi sedikit sumbangan buat rakan-rakan yang berkhidmat di sektor penghantaran. Kami juga sempat menemubual beberapa orang rider yang sudi berkongsikan pengalaman dan cabaran mereka sepanjang berkhidmat di waktu PKP khususnya.

“Sememangnya tugas sebagai penghantar makanan ini sukar dan amat mencabar. Kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis risiko seperti keadaan cuaca yang tidak menentu, perihal sikap pengguna jalan raya, lokasi yang tidak tepat serta pesanan palsu. Apa pun, sebagai ketua keluarga, segalanya kami sanggup tempohi demi mencari sesuap nasi buat diri dan keluarga,” kata En. Anuar rider Foodpanda dari Kuang yang telah bertugas lebih daripada setahun.

“Semua yang saya lakukan ini adalah untuk isteri dan empat orang anak. Walaupun ada kalanya terkena juga dengan Prank Order iaitu pelanggan memberi alamat dan lokasi palsu. Dengan bantuanibu pejabat pusat, masalah itu dapat kami atasi. Saya mula bekerja di waktu pagi tetapi tamatnya tidak kira masa. Selalunya sampai malam,” komen Sdr Khairul, petugas Grab Food dari Bangi.

Sdr. Faizal
Sdr. Faizal
Sdr Shahrul Izwan
Sdr Shahrul Izwan

“Saya mula bekerja sebagai foodpanda rider sejak setahun yang lalu. Perbezaan paling ketara ketika PKP dan sebelum PKP ialah dari segi status pembeli. Jika sebelum PKP, orang yang bekerja biasa sering membuat pesanan tetapi situasi itu berubah apabila PKP dijalankan. Golongan ini sudah tidak lagi membuat pesanan tetapi diganti pula dengan mereka dari golongan berpendapatan tinggi.

Kami (rakan-rakan penghantar makanan) turut mengumpul dana untuk diberikan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan,” kata Sdr Shahrul Izwan dari Sungai Buloh. Rakan-rakan penghantar makanan di Sungai Buloh turut menubuhkan kelab mereka iaitu Sungai Buloh Rider Club (SBRC) yang bertujuan untuk membantu rakan-rakan dari pandafood dan Grab Food yang terlibat dalam kemalangan, kurang sihat di samping menghulur pertolongan buat mereka yang memerlukannya.

Sdr Aiman
Sdr Aiman

Terima kasih buat para barisan hadapan. Semoga pengorbanan kalian diberkati dan sentiasalah jaga keselamatan diri daripada sebarang musibah. RR

Isu Pada

Julai 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.