☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2016

DIABLO ROSSO III Diperkenalkan

Bersempena dengan perlumbaan Motul FIM Superbike World Championship yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada pertengahan Mei lalu, syarikat pengeluar tayar berprestij, Pirelli telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Pirelli Diablo Rosso III yang dihadiri oleh wakil wartawan dari negara-negara Asia Pasifik.

Mengimbau kembali sejarah syarikat ini, Pirelli ditubuhkan pada tahun 1872 yang mempunyai kepakaran dalam barangan berunsurkan getah seperti alatan menyelam. Tidak lama kemudian barulah Pirelli menumpukan perhatian dalam bidang pengeluaran tayar dan kabel (untuk sistem telekomunikasi dan kuasa). Tahun 2005, Pirelli telah menjual bahagian pengeluaran kabel mereka pada Goldman Sachs.

Sejak digunakan di awal tahun 1900, Pirelli merupakan jenama yang paling berpengaruh dalam dunia permotoran dan dikenali sebagai jenama yang sentiasa mengutamakan kualitinya. Pada tahun 2002, model Diablo diperkenal dan dengan serta merta ia menjadi antara produk yang paling laris ketika itu. Tahun demi tahun, pelbagai inovasi dan penambahbaikkan telah dilakukan pada tayar ini sehingga menerima pengiktirafan daripada FIM Superbike World Championship sebagai pembekal tunggal perlumbaan ini sejak tahun 2004.

Dari WSBK ke jalanraya biasa. Itulah yang berjaya dilakukan oleh syarikat berpengalaman ini untuk memberikan produk terbaik buat para pelanggannya. Antara tayar-tayar jalanan yang mendapat sambutan hangat di seantero dunia ialah Diablo Supercorsa, Diablo Corsa, Diablo Rosso Corsa, Diablo Rosso, Diablo Rosso II dan yang terbaru Diablo Rosso III.

Produk terbaru ini disasarkan untuk mereka yang ingin sebuah tayar yang menawarkan lebih jarak dan pada waktu yang sama mempunyai sifat mantap tayar perlumbaan. Selain mampu berinteraksi dengan tepat di jalanraya biasa, di litar atau perjalanan jauh, Rosso III juga amat sesuai digunakan dalam cuaca yang sensitif termasuk di waktu hujan.

Terdapat tiga kunci utama untuk menjadikan produk ini cukup hebat iaitu 1. Pengendalian – yang diperoleh menerusi pengalaman dalam dunia perlumbaan yang kini dikongsikan untuk penunggang biasa. Pembangunan yang dilakukan di setiap sudut tayar hadapan menawarkan karaktor yang lebih cekap sewaktu membuat miringan dan mengubah posisi dengan pantas. Skema dan geometri yang sama dilakukan pada tayar belakang demi memastikan segala pergerakannya sama di setiap saat.

2. Cengkaman Rosso III disumbangkan oleh tahap struktur tayar yang berkualiti tinggi, penggunaan bahan silika lebih banyak serta kompaun baru lebih inovatif dan istimewa. Tayar hadapannya 100% bahan silika manakala tayar belakang pula menggunakan 100% bahan silika di sisi dan 70% bahan silika di tengah tayar yang bertujuan untuk jangka hayat lebih tinggi dan kestabilannya.

3. Tahap konsisten tayar ini pula datangnya daripada rekabentuk bunga yang cukup efisien. Ia diambil terus daripada rekaan tayar perlumbaan Diablo Supercorsa. Pirelli menganggap amat penting untuk terus mengekalkan corak 'flash' atau 'kilat' pada model ini kerana ia melambangkan sifat kompetitif dan agresif. Corak ini juga terbukti mengalirkan air dengan sempurna agar penunggang terus selamat dan lancar di permukaan yang basah.

Dari kiri: En. Gianluca Renato - Pengarah Jualan Global Unit Perniagaan Motosikal, En. Pierangelo Misani - Ketua Bahagian R&D Pirelli, Jonathan Rea dan Tom Sykes di majlis pelancaran Pirelli Diablo Rosso III yang diadakan di litar Antarabangsa Sepang Mei lalu.
Dari kiri: En. Gianluca Renato - Pengarah Jualan Global Unit Perniagaan Motosikal, En. Pierangelo Misani - Ketua Bahagian R&D Pirelli, Jonathan Rea dan Tom Sykes di majlis pelancaran Pirelli Diablo Rosso III yang diadakan di litar Antarabangsa Sepang Mei lalu.

Untuk membuktikan keupayaan Diablo Rossi III, Pirelli dengan bangganya telah menjemput dua pelumba tersohor iaitu Juara WSBK 2013, Tom Sykes dan Juara WSBK 2015, Jonathan Rea menguji produk ini ke tahap maksimum. Sesi ujian awal ini dilakukan di litar Jerez sebaik sahaja Rea dinobatkan sebagai juara tahun lalu.

Dengan keadaan dan rupabentuk litar yang cukup teknikal ini, ia adalah pilihan yang sesuai untuk Pirelli melihat akan kehebatan produk terbaru mereka itu. Dengan menunggang Kawasaki Z800, kedua-dua pelumba ini mengujinya ke tahap maksimum. Ternyata Rosso III ini cepat 'panas' untuk memberi cengkaman pada tayar hadapan dan belakang dengan serta merta walaupun dari keadaan asal yang masih sejuk. Lebih mengagumkan, tayar ini cukup ringan untuk penunggang motosikal mengendalikan jentera mereka di selekoh-selekoh tidak kira dalam kelajuan rendah mahu pun tinggi.

Ketahanannya juga cukup hebat. Terima kasih pada rekaan rangkanya yang kini telah diperhebatkan dengan nisbah kekerasan yang lebih tinggi untuk penyerapan dan tindakbalas lebih sempurna. Jika dibandingkan dengan kemantapan Diablo Rosso II, model baru ini terbukti jauh lebih baik. Kedua-dua juara itu cukup teruja dan kagum dengan prestasi yang dipamerkan oleh tayar ini. Selepas dibuat perbandingan, sudut miringan maksimum tayar Diablo Rosso II ialah 45° manakala model Diablo Supercorsa pula serendah 58° dan tayar terbaru, Diablo Rosso III hampir menyaingi ketangkasan Supercorsa dengan sudut maksimum 52°. Hebat!!!

Ketika dilancarkan di Malaysia, Diablo Rosso III ini telah diuji di Litar Antarabangsa Sepang oleh para wartawan dari beberapa buah negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand. Antara jentera-jentera yang disediakan untuk sesi ujian ini ialah Kawasaki ZX-10R, Kawasaki ZX-6R, BMW S1000RR, Ducati Monster 1200, Ducati Hyperstrada dan Ducati Multistrada.

Setiap penunggang telah diberikan masa sekitar 15 hingga 30 minit untuk satu sesi ujian dan sebanyak empat sesi telah dijalankan. Litar SIC yang sepanjang 5,543 km ini mempunyai lima selekoh kiri, 10 selekoh kanan dan laluan lurus terpanjang sejauh 920 meter ternyata menguji keupayaan sebenar Diablo Rosso III di tahap maksimum.

Menurut wakil Pirelli, maklum balas daripada pihak wartawan sememangnya positif. Karaktor Diablo Rosso III yang cepat panas, mencengkam dengan baik dan tahan lasak paling disukai dan dipuji. Diablo Rosso III merupakan pilihan yang paling sesuai buat mereka yang inginkan sebuah produk yang sehebat tayar perlumbaan di masa yang sama mempunyai ketahanan dan kemampuan untuk tunggangan biasa. Pengurus Jualan SEA Auto Parts Sdn Bhd, En. Wong Kah Chun mengatakan bahawa produk yang ditunggu-tunggu ini akan berada di pasaran negara tidak lama lagi. RR

Isu Pada

Julai 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.