☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2016

Art Of Speed 2016

Acara yang menggabungkan minat dan cinta mendalam pada dunia dua dan empat roda, Art Of Speed (AOS) telah kembali dengan penganjuran kelimanya pada penghujung Mei lalu. Acara Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia ini terkenal sebagai tempat terbaik untuk kita nikmati pelbagai jenis aktiviti yang cukup menarik dan hebat seperti pameran motosikal custom, kereta custom, galeri seni, permainan model kereta berskala, pameran topi keledar, arena papan laju dan aksi lasak ngeri (stuntshow).

Tahun ini juga AOS telah memperkenalkan Painthead Asia iaitu pertunjukan seni dari sekumpulan artis serantau yang berkongsi dalam satu platform untuk mempamerkan hasil kerja seni mereka. Pameran seni yang pertama seumpamanya di Asia ini bertujuan untuk memupuk kerjasama di kalangan artis antarabangsa dan tempatan seperti Bacon Decoration 'Jun' dari Jepun, Arkiv Vilmansa & Fahmi Freeflow dari Indonesia, Mr. Pinman & Twocs Itthipong dari Thailand, Mark SBTG & Feroze McLeod dari Singapura dan yang akhir sekali mewakili Malaysia adalah Adrian Nunis 'Affa Project' & Ezudean Ishak 'Rolling Ink'.

Persembahan hebat oleh Aeron Twite yang dibawa khas oleh Motul.
Persembahan hebat oleh Aeron Twite yang dibawa khas oleh Motul.
AOS mempamerkan pelbagai jenis kereta dan motosikal yang anggun dan cantik.
AOS mempamerkan pelbagai jenis kereta dan motosikal yang anggun dan cantik.

Terdapat dua dewan bersaiz mega untuk dilawati oleh setiap pengunjung yang hadir. Dewan A dikhususkan untuk kenderaan custom dan klasik yang bersaing dalam pertandingan Show & Shine. Dewan C atau Street Tuner Village bersaiz 150,000 kaki persegi mengumpulkan pelbagai jenis pameran motosikal dan kereta serta aktiviti menarik lain seperti persembahan demo motosikal trail, belon air gergasi, aktiviti kebajikan watak Star Wars dan jualan bazar.

Kereta pun boleh ‘berjoget’.
Kereta pun boleh ‘berjoget’.

Bagi mereka yang ingin kelihatan dengan gaya istimewa, gerai-gerai menggunting rambut sedia menerima pelanggan manakala pemilik motosikal yang ingin mewarnakan tangki jentera mereka menjadi lebih cantik, artis grafik yang berada di AOS ini pastinya menggembirakan anda.

Permainan Hot Wheels sentiasa menjadi kesukaan si cilik.
Permainan Hot Wheels sentiasa menjadi kesukaan si cilik.
Masing-masing menunjukkan kepakaran bermain ‘skateboard’.
Masing-masing menunjukkan kepakaran bermain ‘skateboard’.

AOS 2016 ini juga telah menganjurkan Mega Club Gathering yang membawa sedikit kelainan kepada semua pemilik-pemilik kenderaan lama, retro dan klasik. Penganjur menyediakan ruang parking eksklusif kira-kira seluas tiga ekar yang dapat memuatkan lebih kurang 1,000 buah kenderaan. Mega Club Gathering ini telah diperkenalkan semenjak tahun 2015 untuk memenuhi permintaan komuniti di mana mereka boleh berkumpul secara beramai-ramai bagi mengeratkan hubungan di antara kelab-kelab motosikal dan kereta yang hadir dari seluruh Malaysia.

CMC XY400 Custom menarik perhatian ramai.
CMC XY400 Custom menarik perhatian ramai.
Jentera Scomady semakin mendapat sambutan para pencinta motosikal.
Jentera Scomady semakin mendapat sambutan para pencinta motosikal.

Suasana di luar lebih hangat dengan adanya pertunjukkan kereta aksi lasak drift dan aksi menunggang lasak daripada Aeron Twite yang dibawa khas oleh MOTUL. Kedua-dua lagak ngeri ini mendapat sambutan dan sorakan gemuruh dari penonton yang hadir. Motosikal-motosikal pengunjung yang diubahsuai tidak kira kecil atau besar turut diberi tempat parkir istimewa di hadapan dewan utama.

Pertunjukkan ‘drift’ diadakan di ruang luar AOS.
Pertunjukkan ‘drift’ diadakan di ruang luar AOS.
Honda VTX750 Custom.
Honda VTX750 Custom.

Acara pada petang itu ditutup dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan motosikal dan kereta mengikut kategori masing-masing. Para pengunjung yang hadir turut diberi penghargaan dengan adanya acara cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal Triumph Bonneville Speed Twin 900. AOS 2016 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang ini telah dihadiri kira-kira 30,000 orang pengunjung termasuk pelancong luar negara dari USA, Jepun, Australia, Taiwan, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina. RR

Isu Pada

Julai 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.