☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Ogos 2016

Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha

Fokus Di Jalan, Bukan Di Tangan” adalah tema buat pelancaran Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha ke-18 yang telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai ditemani oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor di Bentong, Pahang bulan lalu.

Seperti mana yang kita semua sedari, telefon pintar kini merupakan sebahagian daripada gaya hidup masyarakat. Ia tidak lagi menjadi alat untuk membuat dan menerima panggilan sebaliknya sebuah telefon pintar kini dibangunkan menghampiri kebolehan sebuah komputer. Melalui pelbagai jenis aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, Facebook, Twitter, Waze atau Maps corak perhubungan kini lebih luas dan lebih mudah. Apa pun, penyalahgunaan alat ini telah menyebabkan berlakunya banyak insiden dan kemalangan yang amat mendukacitakan.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato’ Sri Liow Tiong Lai (berbaju merah di tengah) dan Pengarah Urusan HLYM, Dato’ Jim Khor (tiga dari kanan) bersama para VIP melancarkan Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha.

“Menurut Malaysia Institute of Road Safety Research (MIROS), kecuaian dan kelalaian manusia merupakan punca utama kepada peningkatan kadar kemalangan maut di jalan raya. Penggunaan telefon pintar ketika menunggang dan memandu adalah salah satu penyumbang besar ketika ini. Menerusi kempen yang dijalankan ini, para penunggang motosikal akan terus diperingatkan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama,” kata Dato' Jim.

Turut diberi penekanan di kempen kali ini ialah mengenai jangka hayat sebuah topi keledar itu. Menurut MIROS, jangka hayat terbaik ialah sekitar lima tahun sebelum sesebuah topi keledar itu tidak lagi mampu menyerap segala hentakan dengan sempurna berserta daya tahan yang kian berkurangan. Oleh itu penggunaan topi keledar yang diiktiraf dan berada dalam tempoh terbaik mampu menyelamatkan nyawa.

Melalui kempen ini, para mekanik Yamaha melakukan pemeriksaan 15 ciri-ciri keselamatan kepada setiap motosikal yang hadir serta memberikan nasihat tentang kepentingan penyelenggaraan. HLYM turut menggantikan mentol-mentol yang rosak pada setiap motosikal yang diperiksa. Kempen murni ini juga turut mendapat sokongan daripada agensi kerajaan lain seperti JPJ, PDRM, JKJR, PLUS serta pengeluar tayar tempatan iaitu FKR Marketing Sdn Bhd, NGK Spark Plugs dan KHI Helmets.

Kempen ini diteruskan di beberapa buah lokasi terpilih lain seperti di Sungai Dua, Pulau Pinang, Sungai Petani, Kedah dan Shah Alam, Selangor. RR

Isu Pada

Ogos 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.