☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Oktober 2020

Art Of Speed 2020 Ditunda Ke Tarikh Baru

Pihak penganjur Art Of Speed Malaysia telah mengumumkan bahawa acara Art Of Speed 2020 (AOS) buat kali ke-9 yang sepatutnya akan berlangsung bulan November ini terpaksa ditunda ke tarikh baru iaitu pada 30 Disember 2020 – 3 Januari 2021 bertempat di 1 Utama Shopping Centre.

Keputusan ini diambil kira selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh pihak kerajaan baru-baru ini di beberapa tempat yang menyebabkan negara kita sedang dilanda gelombang ketiga pandemik COVID-19.

“Kami hanya mampu berdoa agar gelombang ini akan berkurangan dari setiap masa & acara AOS dapat diteruskan seperti biasa. Acara ini juga mampu membantu dan menyokong komuniti serta industri yang banyak menyumbang kepada negara,” kata Pengasas AOS, Asep Ahmad Iskandar.

Namun, acara Hot Wheels Legends Tour Malaysia Virtual Finals tetap berjalan seperti biasa pada 12 November 2020 di mana acara ini akan disiarkan secara langsung.  Para pemenang turut akan diumumkan pada hari yang sama.

Selain itu Art Of Speed Malaysia turut melancarkan “AOS2020 Lucky Draw Combo” yang berharga RM20.00. Dengan setiap pembelian AOS2020 Lucky Draw Combo, RM1 akan didermakan ke Autism Rangers. Para pembeli juga akan menerima pelindung muka 3 lapis boleh basuh, Enamel Pin acara edisi terhad dan kupon cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah Vespa Primavera baru & pelbagai hadiah yang menarik.

Kepada mereka yang berminat boleh membuat pembelian di laman sesawang https://aos.qtic.my/i/. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman facebook Art Of Speed Malaysia https://www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.