☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Disember 2020

Ural Geo LE – Motosikal Sidecar Lasak!

Ural Motorcycles merupakan pengeluar motosikal 'sidecar' yang ditubuhkan pada tahun 1941. Asalnya pengeluaran jentera ini bertujuan untuk membantu pihak tentera dalam Perang Dunia II. Selepas perang berakhir, penunggang motosikal jatuh cinta dengan tahap pratikaliti dan kemampuan sebenarnya.

Hari ini, Ural Motorcycles diketuai oleh pasukan kecil yang beroperasi di Redmond, Washington, USA. Pasukan ini membantu menyelaraskan pengedaran di seluruh dunia dan bekerja secara langsung dengan kilang utama mereka di Irbit, Rusia.

Antara model yang cukup menarik ialah Ural Geo yang dihasilkan untuk tunggangan di offroad. Model yang dipertingkatkan ini telah dilengkapkan dengan pakej jentera lasak sempurna termasuk pelbagai aksesosi menarik. Ini adalah untuk menjamin kewibawaan Ural Geo untuk menangani pelbagai jenis cabaran di laluan-laluan sukar. Turut menjadikannya istimewa ialah skima warnanya (Geometrical Camo).

Ural Geo didatangkan dengan enjin boxer 749cc yang memiliki kuasa hantaran 41hp pada 5,500rpm dan tork 42ft-lbs pada 4,300rpm. Jentera ini juga dilengkapkan dengan sistem suntikan bahan api, brek cakera Brembo (termasuk brek untuk sidecar), rak barangan, bar-bar pelindung, bekas simpananpetrol RotopaX, pelindung tangan, soket USB, alat navigasi, penyerap hentak Nitron, dan sistem ekzos GPR (aksesori tambahan).

Untuk pasaran di USA, ia dijual bermula bulan Disember 2020 pada harga $26,999 manakala di Kanada pula Ural Geo berharga $34,499. Kalaulah Ural Geo dijual di Malaysia, mesti ramai peminat offroad yang ingin membawanya menikmati suasana alam menghijau, berkhemah atau memancing bersama rakan taulan, pasangan serta ahli keluarga masing-masing. RR

Kredit Foto: Ural Motorcycles
https://www.imz-ural.com/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).