Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Ogos 2019

Konvoi FIFTY5 Bike Spa & Garage Dengan CASTROL Memang Terbaik

Tanggal 30 Jun lalu pastinya memberi kenangan manis buat 50 orang pemilik Yamaha R25 dan Yamaha NVX dengan penganjuran konvoi oleh Fifty5 Bike Spa & Garage yang taja oleh Castrol Malaysia. Lebih mengujakan, acara yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu turut disertai oleh Pengurus Bahagian Jualan BP Castrol Lubricants (Malaysia), Ms Goh Pei Ping yang hadir bersama 'team' cukup mantap.

Walaupun diuji dengan hujan lebat di beberapa buah tempat, ia tidak menghalang para peserta yang cukup bersemangat daripada hadir ke tempat berkumpul pada masa yang ditentukan. Setiap jentera yang hadir disusun kemas dan dengan bantuan kakitangan Castrol Malaysia yang efisien, proses pendaftaran dan sarapan pagi dilaksanakan dengan cukup teratur.

“Konvoi ini bertujuan untuk mewarwarkan kepada para penunggang motosikal tentang pelincir Castrol yang terdapat di pasaran. Dengan pendekatan ini, kami yakin dapat berinteraksi lebih baik dengan para pelanggan,” kata Ms Goh Pei Ping.

Selain berkonvoi ke destinasi pilihan, ini juga merupakan waktu terbaik untuk para peserta bertemu dengan kenalan baru dan lama. Selepas proses pendaftaran selesai, para peserta telah diberi taklimat oleh Sdr Adeeb dan Sdr Carmian dari Fifty5 Bike Spa & Garage. Antara pesanannya ialah agar sentiasa menjaga keselamatan, memastikan jarak selamat di antara setiap motosikal, tunggangan penuh disiplin dan sentiasa menjaga nama baik Castrol selaku penaja utama.

Sedikit perkongsian mengenai Fifty5 Bike Spa & Garage. Ia terletak di G-20, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur yang menawarkan perkhidmatan membasuh, mengilat motosikal pelbagai jenis dan tuntutan insurans. Fifty5 Bike Spa & Garage dibuka setiap hari dari jam 12.00 pagi hingga 12.00 malam dan dengan ruang yang selesa, ia juga sesuai sebagai tempat bersantai untuk para pelanggan yang datang.

Dari Ampang, konvoi menggunakan MRR2 seterusnya ke Lebuhraya DUKE menuju ke stesen minyak Jalan Sungai Tua untuk berkumpul. Dengan tunggangan yang cukup berdisiplin, pergerakan konvoi cukup lancar dan kemas. Tahniah buat semua penunggang.

Perjalanan pagi itu memang seronok tambahan pula apabila tiba di laluan berselekoh di jalan Hulu Yam Bharu – Batu Caves dan jalan Batang Kali – Genting Highlands yang memang ditunggu-tunggu oleh para peserta. Laluan itu sentiasa menjadi pilihan penunggang motosikal yang ingin ke Genting Highlands kerana ia redup, banyak selekoh mencabar dan permukaan jalan yang baik. Jadi... selain motosikal rakan-rakan Castrol, dapat jugalah melihat 'aksi-aksi' mantap penunggang jentera berkuasa tinggi.

Semakin hampir dengan tempat dituju, suhu semakin dingin. Memang cukup segar sekali! Konvoi tiba di perkarangan restoran Starbucks sekitar jam 10.20 pagi dan segalanya telah diatur dengan cukup sempurna oleh Castrol yang diketuai oleh Ms Evelyn Yap, Pengurus Pemasaran – Motosikal Malaysia & Singapura, BP Castrol Lubricants (Malaysia).

Selepas 'pekena' roti dan sandwiches, para peserta dijemput ke tingkat dua untuk bersama-sama menyertai sesi perkongsian dan taklimat produk oleh wakil Castrol, En. Caleb Sia. Dengan gaya penyampaian yang bersahaja dan santai, sesi ini memang cukup menarik dan berinformasi. Para peserta didedahkan dengan jenis-jenis pelincir Castrol, tahap kelikatan dan kesesuaiannya. Castrol amat sentiasa menitikberatkan tahap kemantapan enjin jentera yang menggunakan produk mereka dan dengan adanya sesi ini, para peserta akan dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai keberkesanan produk Castrol.

Untuk lebih dekat dengan para peserta dan pada masa yang sama menguji pengetahuan mereka, beberapa soalan telah diajukan oleh En. Caleb. Siapa dapat jawab, dapat hadiah. Suasana gamat dengan gelak tawa para peserta lebih-lebih lagi apabila kawan mereka memberi jawapan yang salah! Apa pun En. Caleb akan menolong agar hadiah tetap diberikan. Yang penting bukan salah atau betul... semuanya dapat belajar bersama-sama.

Selepas tamat sesi taklimat produk, para peserta kembali ke jentera masing-masing untuk bergambar kenangan sebelum meneruskan aktiviti sendiri. Ada yang terus pulang dan ada juga yang membuat keputusan untuk berehat seketika di Genting Highlands untuk menikmati udara yang segar.

Walaupun ia adalah sesi penganjuran yang ringkas, setiap saat dirasakan cukup bermanfaat dan menyeronokkan. Rata-rata peserta berharap agar Castrol terus menganjurkan acara seperti ini di masa hadapan. Samasama kita nantikan.

Pada hari tersebut, Castrol Malaysia turut meraikan ulang tahun ke-10 Castrol Bike Point yang juga telah diadakan di Genting Highlands. Castrol Bike Point merupakan sebahagian daripada program global Castrol yang membantu bengkel motosikal persendirian menerusi sokongan jenama Castrol yang kuat serta saluran kepada teknologi pelincir maju dan produk bertaraf antarabangsa. Menerusi program ini, Castrol telah memberi sokongan dari segi teknikal, pemasaran, penjualan dan dalam masa yang sama, mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Castrol Bike Point pertama telah dilancarkan di Sungai Buloh pada tahun 2009 yang lalu dan kini sudah terdapat lebih daripada 700 bengkel Castrol Auto Service di Malaysia. Tahniah buat Castrol atas kejayaan yang cukup membanggakan ini. RR

Isu Pada

Ogos 2019

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan Sprinta Ladies.

Warta Roda

CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor Dirasmikan

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus memperkukuhkan rangkaian pengedarnya menerusi perasmian CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Dari Litar

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas kejayaan di BRON, Hakim Danish mahu teruskan momentum positif di pusingan berikutnya.