Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Februari 2021

RondaRonda MakanMakan (RRMM) Episod Pengenalan

Penularan Covid-19 memberi tamparan hebat buat ekonomi negara umumnya. Ramai pekerja hanya menerima gaji pokok tanpa bayaran sebarang elaun semasa, dipotong gaji malah ada juga industri terpaksa gulung tikar dan menyebabkan ramai kakitangan diberhentikan sejak dari perlaksanaan PKP hinggalah ke saat ini.

Apapun, keadaan kini diharapkan bertambah baik. Ini dilihat dengan peningkatan ekonomi negara hasil penjanaan ekonomi domestik yang menyumbang aliran tunai dalam semua sektor pekerjaan, perindustrian, pertanian dan pemakanan. Sebut sahaja tentang makan, semua orang suka. Tidak kira usia, latar belakang pekerjaan… sesiapa sahaja perlu makan dan suka makan! Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, makan tetap tidak dapat dielakkan, cuma berpantanglah sikit.

Baru-baru ini, Tuan Haji Jamil Hasan (personaliti RR Mei 2016) dan adiknya En. Naim berkunjung ke pejabat RR bagi merealisasikan apa yang terbuku di hati dengan mencadangkan slot ‘Ronda-Ronda Makan-Makan’ (RRMM). Mat pula terpanggil bagi menyertai aktiviti ini. Wah!! Pucuk dicita ulam mendatang. Slot pertama dijadualkan seminggu dari sekarang. Susun atur perjalanan dan lokasi secara sepintas lalu saja. Mungkin berubah mengikut keadaan semasa. Dalam erti kata lain… santai.

Hari ditunggu-tunggu tiba! RV kami semua di Shell Gateway Puchong jam 8:30 pagi. RV tu bermaksud Rendezvous (asalnya dari Bahasa Perancis), dan RV sering digunakan dalam tentera bermaksud tempat berkumpul. Ia kini sering diguna oleh rider zaman sekarang. Tapi Mat dan Redzuan tiba lewat sikit daripada 8:32 pagi… sikit saja lewatnya. Tuan Haji Jamil dan Dr Yusseri telah tiba awal. Taklimat ringkas perjalanan diberikan. Check point pertama ialah di Plaza Tol Teluk Panglima Garang untuk bertemu 'hos' jemputan Tuan Hj Aminuddin Marjani (Kembara Musafir).

Menikmati sarapan pagi di Gerai Makcah TUDM Jugra.
Menikmati sarapan pagi di Gerai Makcah TUDM Jugra.
Gerai Makcah menerima kunjungan ramai terutama di hujung minggu.
Gerai Makcah menerima kunjungan ramai terutama di hujung minggu.

Beliau akan menjadi pemandu pelancong kami dalam RRMM kali ini. Kami bersarapan di Gerai Makcah TUDM Jugra. Google…. google kat mana ni? ‘Mari… mari... mari! Macam-macam ada.’ Selain makanan asasi sarapan seperti roti canai dan nasi lemak masakan panas lain pun ada. Sekali pandang tak perasan dua kali pandang. “Mak aii. Pagi-pagi buta dah ada jual ABC.” Jika anda mengidam nak ABC di masa hari masih sejuk (pagi).... sinilah tempatnya. Kuih-muih ada juga disajikan. Pilih dan bayar sahaja.

'Pasemboq' nampak menarik. Ya... bila masuk mulut, memang sedap. Nasi lemak campur sambal paru pun terbaik ‘bak hang kata orang utara’. Dr Yusseri pekena mee goreng panas... sesuap sahaja beliau terhenti. “Kenapa?” Panas’ katanya. Bila suap kali kedua, terus sunyi sampailah habis. Mesti tak terkata enaknya. Menurut kata Hj Amin, roti canai sini antara yang terbaik. Tapi hari ini kami tak merasa sebab tukang uli cuti. Hadoi... Rugi!

Istana Sultan Alaeddin Sulaiman Shah atau lebih dikenali sebagai Istana Bandar.
Istana Sultan Alaeddin Sulaiman Shah atau lebih dikenali sebagai Istana Bandar.

Selesai menjamah. Mat dan kawan-kawan ke Istana Bandar yang terletak di Jalan Istana Lama, Jugra. Ini adalah kali kedua dalam tempoh 40 tahun Mat menjejak kali di sini. Istana Bandar dibina pada awal 1900an dan ianya masih utuh walau dimamah usia. Mat pun sekarang dan pandai selfie, jadi... sesi bergambar adalah perkara wajib dilakukan.

Dari sini kami ke Bukit Jugra terletak 7 kilometer dari Istana Bandar. Aktiviti berbasikal, berjogging dan kadang kala para-gliding dilakukan di sini. Kunjungi Bukit Jugra sebagai destinasi hujung minggu anda dan jaga kebersihan awam ya!

Singgah sebentar di Bukit Jugra.
Singgah sebentar di Bukit Jugra.

Perjalanan diteruskan… melalui kawasan pinggir Pantai Kelanang dan berhenti di Pantai Morib. Di sini juga terletaknya Malaysia Local Route 5 Morib yang dikendalikan oleh Hj Amin sebagai persinggahan sementara. Angin pantai dan deruman ombak di sini merehatkan minda. Tenang... santai dan ‘hilang haus’. Pandai 'tuan rumah' jaga tetamu. Pelbagai jualan cenderahati juga boleh kawan-kawan dapatkan di sini.

Dah lama duduk... lapar pula rasanya. Lokasi hentian terakhir hari ini di Nilai. Walaupun lagu 'Keroncong untuk Ana' yang berlagu dalam perut, Mat sanggup tahan lapar sebab nak rasa apa pula juadah di Nilai tu. “Mesti istimewa agaknya.” Perjalanan mengambil masa sejam. “Gak perlu ribut-ribut, santai kok’.

Rumah Api Bukit Jugra.
Rumah Api Bukit Jugra.

Kami tiba di Restoran Nasi Padang Minang Sejati yang dimiliki oleh Saudara Darmis Dahlan. Beliau berumur 49 tahun dan merupakan bekas pekerja Tuan Haji Jamil kita ni. Ni Jamil HAJ ye… bukan Jamil dalam filem Madu Tiga arahan Tan Sri P. Ramlee tu.

En. Darmis telah berkhidmat bersama HAJ lebih 20 tahun sehinggalah berniat untuk bersara dan membuka perniagaan ini. Dengan tambahan ringgit ke atas perniagaan maka bertambah besar lagi lah restoran tersebut. Nak jadikan cerita lebih enak, masakan di sini menggunakan bahan segar dari pasar harian, tiada bahan pengawet dan bahan segera digunakan. Maksudnya, santan tu benar-benar dari kelapa parut, bukan dari pokok kelapa kotak dan kerisik tu buatan sendiri. Mat tahu, dia pun tokey kelapa juga ni.

Pemandangan indah dari puncak Bukit Jugra.
Pemandangan indah dari puncak Bukit Jugra.

Bergambar kenangan bersama Tuan Hj. Amin (kiri) di Malaysia Local Route 5 Morib.

Dari hal masakan, emak dan isteri beliau sendiri merupakan DO (Dapur Officer). Memang power, dia masak lebih daripada 15 jenis lauk pauk, pelbagai jenis ulaman menanti Food Hunter seperti kami ni. Jika anda peminat masakan padang, jemputlah ke sini. Sambal hijau dan sambal tomat menanti anda.

‘Tunjang ada?’ tanya Dr Yusseri.

“Ada. Cuma tak masak je hari ini,” jawab En. Darmis.

Wah! Mosti sodap tu… bukan sonang nak masak masakan minang ni. Bini den lum tahu laei pandai buek ke tidak…. hati kecilku mengutuk bini… hahaha. Maaf ye.

Tuan Hj. Abdul Jamil -kanan- bersama pemilik Restoran Nasi Padang Minang Sejati, En. Darmis.
Tuan Hj. Abdul Jamil -kanan- bersama pemilik Restoran Nasi Padang Minang Sejati, En. Darmis.

Tu dia… rendang paru, daging hiris, rendang ayam, ikan keli goreng, ikan cili padi, begedil, ulam jeruk petai dan sambal hijau. Aromanya buat kita tak boleh tunggu lagi. Menyengat menusuk hidung. Bila menjamah sahaja, keenakan tidak terkata. Bak kata Haji Jamil “secukup rasa.” Tidak lebih dan tidak kurang. Sambal hijaunya cukup ramuan dan tidak terlalu pedas bagi mereka yang tak tahan kepedasan.

Waktu operasi restoran ini adalah dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan boleh muat seramai 50-60 orang. Dengar ura-ura masa operasi akan dilanjutkan nanti. Memang terbaiklah. Lepas makan Mat tersandar kekenyangan macam ular sawa.

Makanan Minang yang cukup lazat dan menyelerakan.
Makanan Minang yang cukup lazat dan menyelerakan.

Kami tidak dapat memberi anggaran harga kerana telah ‘dibelanja’ oleh tuan kedai. Terima kasih... moga dimurahkan rezeki.

Perjalanan hari ini tamat di sini. Kami berpecah mengikut haluan masing-masing. Kawan-kawan bolehlah mencuba apa yang Mat kongsikan. Sehingga rancangan dan destinasi lain ya! Mat nak ucapkan salam ceria selalu dan sentiasa patuhi SOP. ‘Ride with care’. RR

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Pelajar Maut

Yamaha Masuk Malaysia Autoshow? Ye ke? Lancar XMAX baru ke?

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Polis sedang mengesan dua penunggang motosikal berkuasa tinggi selepas terbabit kemalangan di Kilometer (KM)43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini pada Ahad.

Pandu Uji

Ducati 125 Regolarita: Rangka Di Dalam Almari

Kembalinya Ducati ke pasaran MX dan Enduro satu silinder memerlukan kita melihat ke dalam cermin pandang belakang sejarah ke zaman ketika pengeluar motosikal sukan terkenal Itali itu terakhir kali terlibat dalam sektor offroad.

Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Warta Roda

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.