☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Mac 2021

MIROS & APM Jalin Kerjasama Dalam Bidang Keselamatan Jalan Raya

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) yang ke-69, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin di atas penyampaian watikah pelantikan Penolong Pesuruhjaya Kehormat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kepada Ketua Pengarah MIROS, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim dalam majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Acara tersebut telah diadakan di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

MIROS merupakan sebuah institusi penyelidikan kebangsaan oleh kerajaan sejak tahun 2007. Matlamat utama MIROS untuk memperkenalkan intervensi keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian nahas jalan raya di Malaysia. Ini pasti menyuntik lagi semangat warga MIROS untuk bersama dengan Ketua Pengarah MIROS dalam menyumbang bakti serta berkhidmat kepada negara dalam usaha tingkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.

“APM sememangnya dekat di hati masyarakat, tugas serta berperanan untuk membantu orang awam. Jaringan sedia ada APM di peringkat sekolah rendah, menengah dan Institusi Pengajian Tinggi dapat dipertingkatkan di antara MIROS dan APM dalam memberikan sumbangan untuk menjayakan kempen-kempen kesedaran keselamatan jalan raya.” kata Ir.Ts. Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim.

Dengan kerjasama di antara MIROS dan APM dapat meneroka serta meperluaskan lagi peluang dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini melalui pelbagai skop keselamatan jalan raya. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.