☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Mei 2021

Honda Jepun Hasilkan Alat Ganti Tulen Honda VFR750R (RC30).

Global - Honda telah menjalankan program 'RC30 Forever' selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli kelab pemilik jentera VFR750R atau RC30 di Eropah dan Jepun beberapa tahun lalu. Dalam pertemuan ini, para pemilik RC30 telah menyuarakan hasrat untuk menyimpan dan menunggang jentera ini dalam kondisi yang baik.

Salah satu cara terbaik untuk kekal selamat di jalan raya ialah dengan menunggang jentera yang menggunakan alat ganti tulen yang berfungsi dengan sempurna. Itulah kunci utama program ini – kepentingan para penunggang untuk kekal selamat dan berkeyakinan dengan jentera masing-masing.

sumbar foto: Wikipedia
sumbar foto: Wikipedia

Di bawah skim ini, Honda telah menghasilkan kira-kira 150 alat ganti tulen untuk RC30 yang merangkumi enjin, casis, badan luaran dan elektronik. Ini dipilih berdasarkan permintaan daripada para pemilik, pengalaman pakar R&D serta bahagian pengeluaran.

Bagi memastikan alat ganti ini memenuhi piawaian yang sangat tinggi ini, adalah penting buat Honda menjemput kembali pasukan rekaan asal yang kebanyakannya sudah pun berusia 60an. Hadirnya mereka adalah untuk berkongsi pengetahuan, semangat dan pengalaman mereka menghasilkan jentera ini.

Alat ganti ini sedia untuk dipesan menerusi para pengedar Honda di seluruh Eropah dari Mei 2021.

Info: Honda VFR750R (RC30) dilancarkan di Tokyo Motor Show padat tahun 1987 dan di Eropah pada tahun 1988. Ia keluarkan sekitar 5000 unit di seluruh dunia yang dihasil berdasarkan homologasi untuk layak menyertai World Superbike Championship. RR

Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.