☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Ogos 2021

Khidmat Lepasan Jualan (After Sales) Harley-Davidson Petaling Jaya Raih Yang Terbaik Di Asia

Harley-Davidson (H-D) Petaling Jaya sekali lagi membuktikan komitmen mereka pada kepuasan serta kepercayaan para pelanggan apabila sekali lagi diiktiraf sebagai 'After Sales' Terbaik untuk Suku Kedua di rantau Asia.

Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan bukti kecekapan, pengalaman serta pengetahuan para mekanik di H-D Petaling Jaya. Dengan penerapan yang dimiliki dari Universiti H-D, para pemilik jentera H-D akan menerima perkhidmatan servis yang terbaik.

Pada penghujung suku pertama tempohari, H-D Petaling Jaya telah berjaya menerima anugerah Dealer Aftersales Award dan ini adalah perhomatan yang kedua.

Selain Malaysia, pengedar H-D untuk pasaran Asia terdiri daripada Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Korea Selatan, Hong Kong, Macau, Taiwan dan Filipina.

“HD Petaling Jaya akan terus menawarkan perkhidmatan dan pengalaman yang terbaik buat para pemilik Harley-Davidson tanpa mengira usia dan model jentera tersebut, sesuai dengan moto kami ialah “Let Us Win Your Trust”. Anugerah ini adalah sesuatu yang boleh kita banggakan dengan mengangkat nama Malaysia ke peringkat global,” kata Pengerusi Goh Brother Group, En. Goh Kian Sin.

H-D Petaling Jaya beroperasi di The Gasket Alley yang beralamat Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.