☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Disember 2021

Yamaha Keluarkan YZF R1 Edisi Terhad Toprak Razgatlioglu

Yamaha Motor Europe dan Crescent Yamaha, tempat asalnya pasukan Pata Yamaha with Brixx WorldSBK team, memperkenalkan Yamaha YZF R1 Edisi Terhad 'World Championship' milik bintang dari Turki, Toprak Razgatlioglu.

Model replika ini telah dilancarkan secara online dan hanya 21 unit sahaja ditawarkan di seluruh dunia – bersempena keunggulan yang dicapai pada tahun 2021. Ternyata musim ini memberikan pengalaman dan kenangan abadi buat Toprak selepas berjaya menjadi juara dunia dan pada masa yang sama berjaya mengembalikan kegemilangan Yamaha sebagai Juara Pengeluar WSBK sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Ini membuatkan jentera R1 replika WorldSBK ini sedia untuk ditunggang terus ke litar. Enjinnya berkuasa 205hp (penambahan 20bhp berbanding R1 standard) dengan penghantaran kuasa tork lebih linear yang didapati menerusi sistem ekzos Akrapovic berspesifikasi WSBK.

Jentera ini juga dipasangkan dengan ECU lumba GYTR terkini dan hanya seberat 175kg (26kg lebih ringan berbanding R1 biasa). Dengan tubuh badan yang lebih ringan, komponen saspensi dari Ohlins, sistem brek perlumbaan Brembo serta rim-rim Marchesini, R1 ini mempunyai tahap pengendalian yang sangat cemerlang.

Sesuai dengan status jentera sang juara, perincian di setiap sudut jentera ini memang mengagumkan. Kualiti tinggi dimulakan menerusi proses mengecat, komponen-komponen perlumbaan WSBK, barangan titanium dan semestinya di setiap ikatan dan balutan pada kabel, skru dan lain-lain.

Antara pakej istimewa yang menanti para pemilik jentera ini ialah:

  • Lencana edisi terhad yang unik dan identiti pembuatan yang ditandatangani oleh juruteknik pasukan Yamaha
  • Sijil Kerangka edisi terhad yang ditandatangani oleh Toprak Razgatlioglu dan Prisipal Pasukan, Paul Denning.
  • Nombor edisi terhad dan nombor VIN (vehicle identification number)
  • Pas Hospitaliti VIP untuk dua orang ke perlumbaan WorldSBK 2022 mengikut pilihan, lawat pit-box dan meluangkan masa bersama Razgatlioglu
  • Talaan jentera dan bimbingan cara tunggangan peribadi bersama krew pasukan Cresent Yamaha, James Hillier atau Niall Mackenzie (Litar di UK sahaja). Untuk pemilik luar UK, pakej ini akan disusun secara berasingan.
  • set pakaian menunggang penuh peribadi seperti pelumba WorldSBK yang ditandangani oleh Razgatlioglu.

Mantap! RR

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.