☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 April 2022

Semoga Hero Supermoto Gabit Saleh Segera Sembuh

Rakan-rakan peminat motosikal khususnya perlumbaan lasak seperti supermoto pastinya mengenali jaguh sukan ini iaitu Gabit atau nama sebenarnya Muhd Habibullah Mohd Saleh yang telah menempa nama hampir di seluruh dunia.

Juara Supermoto Asia dan Juara Rimba Raid 2019 kini sedang menghidapi 'Barah Hidung' dan baru sahaja habis menjalani rawatan kimoterapi dan hanya tinggal 3 sesi lagi untuk rawatan radioterapi.

Gabit 'tengah' di Kejuaraan Supermoto Asia.
Gabit 'tengah' di Kejuaraan Supermoto Asia.

RR sempat menghubungi abangnya, Gaban (Mohd Al-Amirul Ashshahid) untuk berkongsikan sedikit maklumat mengenai Gabit. Menurutnya, Gabit mengadu mengalami rabun mata (sebelah kiri) beberapa bulan lalu dan pada masa yang sama, hidungnya juga kerap berdarah. Setelah didiagnosis, doktor telah mengesahkan bahawa Gabit menghadapi barah hidung dan perlu menjalani rawatan dengan segera.

Seperti yang kita semua kenal, Gabit adalah seorang pelumba yang berani, bersemangat waja dan kental. Didoakan semoga beliau dapat melawan barah ini dan kembali pulih seperti sedia kala.

Aksi Gabit di perlumbaan Asia Supermoto yang dijalankan di Australia.
Aksi Gabit di perlumbaan Asia Supermoto yang dijalankan di Australia.

Untuk membantu meringankan beban yang ditanggungnya, bolehlah saluran bantuan terus kepadanya Muhammad Habibullah bin Mohd Saleh (Maybank 164165012203). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.