☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 April 2022

Honda RS-X Edisi Repsol Diperkenalkan

Sejak dilancarkan pada tahun lalu, Honda RS-X telah mendapat sambutan yang cukup mengujakan di kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan Honda RS-X Edisi Rapsol untuk pasaran tempatan.

Untuk tahun 2022, Honda RS-X edisi Repsol ini telah diberi sentuhan rekacorak grafik berasaskan jentera lumba MotoGP dari pasukan Honda Repsol yang ditunggang oleh Marc Marquez dan Pol Espargaro untuk musim ini.

Dengan gayanya yang Sporty, RS-X menampilkan rekabentuk yang cukup mantap dengan rekaan secara aerodinamik. Manakala rupabentuk hadapan yang agresif dipadankan dengan dwi-lampu LED dan Sleek Super Slim Tail.

Model ini dikuasakan dengan enjin 150cc, silinder tunggal, DOHC, sistem penyejuk cecair serta mematuhi piawaian EURO4. Jentera bertransmisi 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm.

RS-X ini juga turut dilengkapi ciri-ciri berteknologi kini seperti Anti-lock Braking System (ABS), pemacu rantai bertutup dan paparan meter digital penuh yang memaparkan info-info buat penunggang.

Menurut pihak BSH, model edisi terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 5,000 unit sahaja. Pilihan warna yang sedia ada masih berada di pasaran. Honda RS-X edisi Repsol dijual pada harga bilik pameran yang disyorkan RM9,948 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).