☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Julai 2022

Lin Jarvis 'Bengang' Dengan Keputusan Panel 'Steward!!

Berikutkan insiden perlanggaran di antara Fabio Quartararo (Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP) dan Aleix Espargaro, pihak panel 'Steward' FIM MotoGP telah membuat keputusan untuk mengenakan penalti 'Long Lap' kepada Quartararo. Keputusan itu telah menyebabkan khemah pasukan 'rumah biru' itu menjadi agak panas. Pengarah Urusannya, Lin Jarvin menzahirkan kekecewaannya dengan keputusan tersebut.

“Fabio Quartaro dan Yamaha sentiasa berusaha untuk keadilan dan semangat kesukanan dalam MotoGP. Kami kecewa melihat ketidaksamaan penalti yang dikenakan oleh panel 'Steward' MotoGP FIM,” Lin Jarvis.

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP tidak bersetuju dengan keputusan tersebut adalah kerana:

- Walaupun Quartararo mengakui telah melakukan kesilapan di Selekoh 5, Litar TT Assen pada pusingan ke-5 tempohari, pasukan Yamaha menyifatkan ia hanya sebagai insiden perlumbaan. Quartararo mempunyai reputasi sebagai pelumba yang bersih, tanpa rekod prestasi buruk sebelum ini. Maka ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan, tanpa sebarang niat jahat.

Pasukan Yamaha mengakui bahawa keputusan perlumbaan Aleix Espargaró terjejas, tetapi tahap kerosakan impaknya perlu dilihat dengan teliti. Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP merasakan panel 'Steward' telah memeriksa dan menilai tahap keterukan insiden itu dengan piawaian yang tidak konsisten.

“Ketidakselarasan dalam perlaksanaan penalti oleh panel 'Steward' pada musim 2022 ini telah merosakkan keadilan MotoGP dan kepercayaan dalam bidang kuasa para petugas 'Steward'. Terdapat sekurang-kurangnya tiga insiden perlumbaan yang lebih serius dalam kelas prima ini iaitu 1) mengakibatkan penunggang terpaksa keluar terus daripada perlumbaan dan 2) menyebabkan kecederaan agak serius. Mereka yang menyebabkan kedua-dua kes ini tidak dihukum,” tambahnya.

Jarvis menyimpulkan: “Kami mahu merayu keputusan panel Steward pada hari Ahad di trek Assen, tetapi penalti ini tidak terbuka untuk perbincangan atau rayuan. Kami kemudiannya ingin membangkitkan isu ini, secara prinsip, dengan pihak CAS (Court of Arbitration of Sport), tetapi perkara sedemikian juga tidak terbuka untuk rayuan. Sebarang keputusan yang betul, seimbang dan konsisten harus dikeluarkan oleh Steward dalam jangka masa yang sesuai dan munasabah.” RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.