☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Julai 2022

Model Edisi Terhad Aprilia Trenta Akan Diperkenalkan

Untuk meraikan sejarah kecemerlangan Aprilia dalam dunia perlumbaan, sebuah model baru edisi terhad akan diperkenalkan tidak lama lagi. Ia adalah Aprilia Trenta sedang dibangunkan untuk mengingati ulang tahun ke-30 pasukan Aprilia meraih gelaran juara dunia buat pertama kalinya.

Aprilia Tentra direka dengan ciri-ciri sporty dan aerodinamik yang diambil terus dari jentera MotoGP, RS-GP22 seperti sayap dan beberapa bahagian laluan udara. Ciri-ciri aerodinamik ini 'dipasang' pada Trenta dengan tujuan untuk menambah kestabilan sewaktu memecut ke tahap maksimum dan ketika berada di selekoh.

Model ini telah dilihat sedang diuji di Litar Cremona, Itali oleh bekas pelumba WorldSBK, Matteo Baiocco. Sememangnya Aprilia Trenta bakal menjadi jentera eksklusif yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang benar-benar minat dan mempunyai kemampuan.

Trenta akan dikeluarkan oleh Aprilia Racing dan dikatakan hanya 30 unit sahaja akan dikeluarkan (belum ada sebarang kenyataan rasmi). Jumlah pengeluaran itu menjadi teka teki kerana Trenta bermaksud tiga puluh dalam Bahasa Itali dan ia juga bersempena ulang tahun yang ke-30. RR

sumber: http://visordown.com

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).