☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 September 2022

MV Agusta Kembali Ke Pasaran Negara

MV Agusta Motor telah melantik MV Agusta Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal dan eksklusif motosikal, alat ganti, barangan dan alat ganti khas untuk jentera MV Agusta di Malaysia. MV Agusta Malaysia Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan merupakan anak syarikat AFY Mobility Sdn Bhd (AMI).

Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid 'dua dari kanan' bersama model kembara, MV Agusta Turismo Veloce.
Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid 'dua dari kanan' bersama model kembara, MV Agusta Turismo Veloce.

Untuk menyokong daya saing jenama ini di pasaran Malaysia, semua motosikal MV Agusta yang diedarkan di negara ini akan dipasang sepenuhnya di kilang pemasangan dan latihan AMI yang beroperasi di Glenmarie, Shah Alam.

MV Agusta Motor juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya dan AMI atas pemeteraian Memorandum Persefahaman dengan MARA Malaysia untuk menghasilkan jenama motosikal Malaysia dan bekerjasama ke arah menjadikan Malaysia hab pemasangan motosikal global. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid.

MV Agusta F3 RR.
MV Agusta F3 RR.

Timur Sardarov, Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta Motor S.p.A. mengulas “Saya amat teruja dengan perkongsian baharu yang penting ini yang menandakan penyatuan dan pengembangan kehadiran MV Agusta di salah satu ekonomi paling dinamik di Asia Tenggara.”

MVAgusta Brutale Brutale 1000 RR.
MVAgusta Brutale Brutale 1000 RR.
MV Agusta Super Veloce 800.
MV Agusta Super Veloce 800.

“Penyelesaian pemasangan CKD yang ditemui dengan rakan kongsi kami akan meningkatkan daya saing kami di rantau ini, selaras dengan strategi pengembangan global kami. Saya berharapkan kejayaan MV Agusta Malaysia yang baru dilahirkan.” tambah beliau. RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).