☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Disember 2022

FIM Lancarkan Fasa Kedua bagi Program Keselematan Helmet Off-Road

Pada 2016, badan penaung perlumbaan motosikal, FIM (Fédération Internationale de Motocyclisme) telah melancarkan piawaian FHRPhe-01 untuk helmet-helmet yang digunakan di dalam perlumbaan.

Sesebuah helmet hendaklah diuji menggunakan kaedah yang yang tertera oleh kehendak FIM dan piawaian tersebut merupakan kombinasi ujian helmet yang terbaik di kalangan berbagai piawaian helmet seperti ECE R, SNELL, SHARP, JIT, DOT dan sebagainya. Oleh yang demikian FHRPhe-01 boleh dikatakan sebagai piawaian helmet yang terbaik. Objektif FIM berbuat begitu ialah bagi melahirkan helmet-helmet yang lebih selamat bagi pengguna yang membelinya di kedai-kedai dan digunakan di dalam apa-apa perlumbaan motosikal di bawah naungan FIM.

Namun, piawaian tersebut hanya merangkumi helmet bagi kegunaan di atas litar berturap sahaja, manakala helmet-helmet bagi perlumbaan lasak (off-road) seperti motocross, supercross, enduro, trail, speedway dan sebagainya masih menuruti piawaian lain yang tertera tadi. Justeru FIM perkenalkan piawaian FHRPhe-02 baharu (juga dikenali sebagai Fasa 02) dengan kerjasama sebuah makmal kajian impak, Impact Laboratory di Universiti Zaragoza.

Fasa 02 ini melibatkan ujian-ujian impak yang sedia ada dan ditambah dengan impak sudut serong. Seperti juga piawaian ECE R22.06 yang baharu, 9 ke 13 zon impak akan dipilih secara rawak daripada 22 yang telah dipilih terawalnya. Selain daripada itu, penguji helmet juga akan menggunakan Kriteria Retakan Cengkerang Kepala (Skull Fracture Criterion) bagi mengukur potensi kecederaan kepala yang serius.

Model helmet yang telah lulus dibenarkan untuk memasukki fasa produksi. Pembuat helmet diwajibkan menjahit label FIM pada pengikat dagu helmet, yang besertakan sebuah kod QR. Pengguna boleh mengimbas kod QR tersebut bagi mendapatkan spesifikasi serta sijil kelayakan helmet tersebut.

Walaupun piawaian ini telah dilancarkan, FIM hanya kan mencadangkan kegunaannya pada 2025 sebelum mewajibkannya di dalam semua sukan off-road motosikal yang diselia oleh FIM.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.