Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Disember 2022

Fast Bikes Bukan Lagi Pengedar & Pengimport Motosikal Triumph Di Malaysia

Motoradic Sdn Bhd dan Fast Bikes Sdn Bhd mengumumkan bahawa mereka bukan lagi pengedar rasmi dan juga pengimport motosikal jenama Triumph di Malaysia bermula awal tahun hadapan. Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes, Dato Razak Al Malique Hussain di acara Triumph Ratpack Gathering & High Tea di bilik pameran Triumph Motorcycles Malaysia, Petaling jaya.

Fast Bikes Sdn Bhd mula beroperasi pada tahun 2010 secara bersendirian dengan membawa jenama Triumph Motorcycles di Malaysia. Selama 12 tahun, syarikat itu telah menaikkan nama Triumph sehingga menjadi jenama kedua terbesar dari segi jualan motosikal premium 500cc dan ke aatas dalam negara. Jualan jenama motosikal ini juga meningkat dua kali ganda di antara tahun 2019 dan 2022 dengan tempahan yang memberangsangkan di Malaysia.

"Kami memohon maaf kerana dapat memberi khidmat kepada pemilik-pemilik Triumph. Namun, jika ada pelanggang Triumph di mana motosikalnya melebihi tempoh jaminan, pintu kami sentiasa terbuka sekiranya anda memerlukan sebarang rundingan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda selama ini," kata Dato Razak Al Malique Hussain.

Triumph Motorcycles UK dan wakilnya di Malaysia akan bertanggung jawap sepenuhnya untuk memenuhi segala terma dan syarat terhadap motosikal yang masih dalam tempoh jaminan.

"Kami juga ingin mengumumkan bahawa telah membuat perjanjian untuk menjadi pengedar Honda Big Wing," tambahnya.

Bilik pameran Triumph Motorcycles Malaysia dan ibu pejabat yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya akan di ubahsuai secara besaran dan mengambil imej baharu sebagai pengedar Honda Big Wing yang dijangkakan akan beroperasi pada suku pertama tahun 2023. 

Manakala semua cawangan Fast Bikes Sdn Bhd di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu akan berhenti beroperasi. RR

Isu Pada

Januari 2023

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12.

Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.

Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.