☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Disember 2022

Ducati Perkenalkan Siri Panigale V4 Desmosedici GP dan Replika Panigale V4R WSBK

Ducati meraikan kemenangan berganda mereka iaitu dalam persaingan MotoGP dan WorldSBK tajuk dengan memperkenalkan dua siri istimewa iaitu Panigale V4 yang diilhamkan dari jentera Desmosedici GP dan replika Panigale V4 R Juara Dunia Francesco Bagnaia (Pecco) dan Alvaro Bautista.

Siri jentera 'kemenangan' ini telah didedahkan di sidang media 'Campioni di Piazza2', acara di mana Ducati meraikan pencapaian bergandanya dalam sejarah perlumbaan bersama para peminatnya. Ia sememangnya impian yang menjadi kenyataan dan pihak Ducati amat berterima kasih buat para jurutera,, pasukan dan penunggang yang bekerja keras selama ini.

Kedua-dua model yang asasnya adalah Panigale V4 S, akan menampilkan liveri jentera milik Pecco #63 dan Álvaro Bautista #19. Setiap unit dalam siri ini akan dilengkapkan dengan autograf asal para pelumba tersebut pada tangki, yang kemudiannya akan dilindungi dengan lapisan varnis yang jelas.

Setiap siri hanya dikeluarkan 260 unit sahaja dan akan diberikan dengan nombor siri khas. Jumlah yang dikeluarkan itu adalah bersempena dengan 1926, tahun Syarikat Bolognese diasaskan.

Model-model yang diilhamkan daripada jentera pelumbaan ini hanya didatangkan dengan pelana tunggal, klac jenis kering STM-EVO SBK, penyenyap Akrapovič (2kg lebih ringan daripada Panigale V4 biasa), sistem brek Brembo Stylema R dan silinder utama MCS, tempat pemijkak aluminium boleh laras dan cermin 'plexiglass ' perlumbaan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).